fbpx
in

Kanak-kanak Umur 3 Tahun Jadi Pelancong Pertama Di Langkawi Yang Positif Covid-19

Kanak Kanak Positif Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang merupakan salah seorang daripada kumpulan pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi sejak ia dibuka dalam gelembung pelancongan baru-baru ini telah disahkan positif Covid-19.


Pengesahan tersebut telah dibuat oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo dalam satu kenyataan kepada pihak media yang mengatakan hasil siasatan JKN mendapati kanak-kanak terbabit tiba di pulau peranginan tersebut bersama dua orang ibu bapanya kira-kira jam 7.30 malam, 24 September lalu.

Difahamkan, calitan RTK-Antigen menggunakan air liur ketiga-tiga mereka didapati negatif sebelum berlepas ke Langkawi menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Langkawi Pelancong

Selain itu, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut juga telah lengkap vaksinasi selain tidak dijangkiti atau menjadi kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19 manakala anak mereka yang berusia 3 tahun tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Kanak-kanak tersebut didapati demam pada hari Sabtu sebelum mendapatkan rawatan pada hari Ahad dan telah disahkan positif Covid-19”

Tambah Dr Othman lagi, siasatan lanjut mendapati tiga orang saudara kenak-kanak terbabit yang merupakan penduduk tempatan Langkawi turut menjadi kontak rapat, selain ibu bapanya.

Namun, hasil ujian saringan Covid-19 yang dibuat kepada lima individu terbabit didapati negatif dan mereka dikehendaki menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 10 hari.

Gambar Hiasan

Hasil siasatan juga mendapati berkemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak itu telah berlaku sebelum mereka melancong ke pulau tersebut lagi dan difahamkan ketika ini, kanak-kanak terbabit mengalami gejala ringan dan diletak di bawah pemantauan pasukan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Langkawi.

JKN Kedah serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi dalam masa yang sama juga akan terus memantau perkembangan kejadian ini dan akan memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilakukan secara berterusan.

Untuk makluman, sehingga 30 September 2021, terdapat hanya satu kes positif dilaporkan membabitkan pelancong ke Langkawi dan tiada penularan dalam kalangan ahli keluarga atau penduduk tempatan berlaku.

Langkawi Lengang Sunyi

 

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top