in

“Hospital tak dapat tampung pesakit COVID 19 jika rekod kes 4 digit setiap hari” – DG Hisham

Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada penghujung Oktober dan awal November lepas, kita menyaksikan kenaikan mendadak dalam jumlah kes harian jangkitan COVID 19 di negara kita yang mana ia mencatatkan empat angka.


Disebabkan hal tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bimbang hospital dan fasiliti kesihatan di negara ini mungkin tak dapat tampung jumlah pesakit COVID 19 jika kes harian berjumlah 1,755 setiap hari mengikut unjuran kadar kebolehjangkitan  (R-naught) (R0) 1.5 dalam tempoh 10 hari. 

Noor Hisham Abdullah 12 Compressed Final

Menurut Bernama, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan terus memperkasa tindakan kesihatan awam bagi kurangkan nilai kadar kebolehjangkitan itu sekurang-kurangnya bawah 1.0.

“Jika kita lihat sebelum ini negara mencatat empat digit kes COVID-19 iaitu pada 24 Okt (1,240 kes), 4 Nov (1,032 kes) dan  6 Nov iaitu 1,755 kes.

“Bagaimanapun, selepas (tempoh) itu kita mencatatkan kes kurang daripada yang kita jangkakan (dengan kes kembali kepada tiga digit) dan jika kes semakin berkurang kita akan berupaya melandaikan lengkuk COVID-19,” katanya dalam sidang media semalam.

Selain tindakan kesihatan awam, beliau juga berkata amalan langkah pencegahan adalah matlamat KKM dalam mengekang penularan wabak ini.

“Kita perlu mencegahnya dan bukan mengawal ketika peringkat (virus) merebak,” katanya.

08Tr006A1 1

Selain itu, kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri di Semenanjung juga perlu ditingkatkan bagi memastikan penularan wabak ini dapat diputuskan.

Penularan jangkitan di Semenanjung juga katanya dilihat agak membimbangkan kerana jumlah kes baharu di Lembah Klang dan Negeri Sembilan contohnya, hari ini mencatatkan sebanyak 427 kes melebihi kes di Sabah iaitu 259 kes.

“Tindakan proaktif perlu diambil untuk kekang COVID-19 dan semua pihak perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk kita kawal jangkitan rentas negeri dan rentas daerah. 

“Untuk kekang jangkitan, kita telah laksanakan pelbagai tindakan contohnya mereka yang berada di zon merah tetapi kembali ke Kelantan perlu memakai wrist band serta kuarantin,” katanya.

Harap janganlah kes kembali ke empat digit lagi. Min pun seram tengok tiap-tiap hari. 

Baca: “Bangun pada jam 3 atau 4 pagi dan masih memikirkan” – Dr Noor Hisham Akui Susah Tidur Malam Fikir Masalah Covid-19

Hisham

Sumber: Code Blue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.