in

“Bangun pada jam 3 atau 4 pagi dan masih memikirkan” – Dr Noor Hisham Akui Susah Tidur Malam Fikir Masalah Covid-19

Hishamlesu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahu, rasa sebak pula apabila membaca keluhan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ini. Dalam keadaan sekarang ni, beliau adalah orang utama untuk mengendalikan masalah pandemik ini.


Jadi, sudah semestinya beliau akui bahawa beliau turut mengalami kelesuan serta tekanan mental dan fizikal yang amat tingg semasa dalam media hariannya semalam (28/10/2020). Lapor Astro Awani.

 

Ini adalah kerana kami berperang berterusan tanpa henti untuk 10 bulan tanpa cuti. Setiap hari, kami ada mesyuarat dan ada tindakan (susulan).”

81603891337 Noorhishamabdullah

Beliau juga yakin seluruh anggota warga KKM membuat kerja dengan sebaik mungkin dan mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi

“Termasuk KP (Ketua Pengarah) Kesihatan juga (berdepan) tekanan yang amat tinggi,”

Kesan daripada kelesuan itu, beliau mengaku bahawa jadi sukar untuk tidur malam.

Kadang-kadang malam pun tidak boleh tidur kerana kami perlu fikirkan pelbagai aktiviti dan bagaimana kami boleh selesaikan masalah ini.”

Akui ada masa untuk berehat, tetapi tak boleh kerana terlalu memikirkan cara nak menyelesaikan masalah ini.

“Walaupun diberikan masa untuk berehat, kami tidak boleh berehat. Tengah malam pun bangun pada jam 3 atau 4 pagi dan masih memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata rata-rata kakitangan KKM masih dapat bertahan dan kekal bersemangat untuk memastikan COVID-19 lenyap daripada bumi Malaysia ini.

 

Baca : “Mungkin selepas 31 Oktober, kita tak ada 3 digit dah, kita dah 4 digit” – Tan Sri Dr Noor Hisham

Hisham 4

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.