Lagu-lagu daripada animasi Didi & Friends ibarat satu terapi buat kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun suka dengar, apatah lagi mereka.
Punya hebatnya penangan mereka ini sampaikan boleh jadi salah satu penawar kalau anak kecil tengah tantrum.
Buat wedding services sebelum memulakan animasi
Semalam, Sinan Ismail. CEO dan Co-Founder Digital Durian. Syarikat yang menerbitkan Didi & Friends dan Omar & Hana membuat satu coretan saat mengumumkan bahawa hasil karyanya itu akan ditukar hak milik kepada satu syarikat baru milik ex-co foundernya.
Mengimbau semula kenangan, Sinan Ismail kongsikan detik-detik sukar untuk menghasilkan animasi tersebut.
Ia bermula sejak tahun 2008, dimana mereka memulakan perjalanannya dengan membuat perniagaan lain iaitu multimedia servicing jobs dari 2008-2010 dan selepas itu wedding services dari 2010-2012.
Bagaimanapun minatnya dalam membuat animasi memang mendalam, jadi mereka hasilkannya dan memasuki pertandingan.
“Kami menyertai pertandingan IPCC sebanyak 3 kali. 2 cubaan awal – kami gagal”.
Tahun 2009 : “Journey Back Home” Berjaya sampai ke sesi Live Pitching – tapi pitching yang gagal (the worst pitch of my life – what could go wrong – all went wrong)
Tahun 2010 : “Bad Min Ton” Fail! Tak berjaya sampai ke pitching session (padahal rasa idea tu macam dah best… haha)
Tahun 2011 : Submit Didi & Friends ke Cradle – pun kena reject!
Tahun 2012 : Beranikan diri untuk submit for the last time… Submission : Didi & Friends The Science Explorers. Berjaya sampai ke sesi Live Pitching – dan berbekalkan kegagalan Live Pitching IPCC 2009 – saya berlatih rehearsal sampai record diri sendiri dan edit pitch saya di laptop – bila dah siap saya mainkan dalam versi MP3 selama 3 hari,
Bisnes kahwin makin merosot
Masa ini lah perjalanan mereka dalam melakukan animasi bermula, namun begitu, datang lagi dugaan lain apabila perniagaan perkhidmatan perkahwinan mereka jadi merosot sehinggakan dia terpaksa ‘lepaskan’ ahli-ahli mereka.
Mengenai pertandingan IPCC pula ia mengambil masa lama untuk mendapatkan keputusan, jadi pada waktu itu sudah semestinya mendebarkan, bagaimanapun, kali ini rezeki berpihak kepadanya apabila animasi Didi & Friends The Science Explorers dinobatkan sebagai pemenang.
Perjalanan Didi & Friends bermula
Ya! Itulah nama pertama Didi sebelum dikenali sebagai Didi & Friends, kata Sinan, idea mengajar Sains ini adalah idea arwah ayah mentuanya.
Mungkin ramai yang tak tahu, tapi ini videonya….
Pengembaraan awal ini membawa dirinya ke banyak tempat dan berjumpa dengan ramai orang. Dengan bantuan MDEC – mereka telah pitch ke ramai broadcaster lokal dan international. Tapi reaksi mereka.adalah..
“Setiap pitch – kami cuba buat WOW! Bawa TV 42” ke lokasi pitching – rehearse slides – prepare pitch deck – tapi jawapannya tetap sama – “It’s cute but it’s not suitable for us / It’s nice but it’s too educational / Develop it further and then come back to us”.
Malah mereka juga mendapat kritikan yang seperti memandang enteng terhadap hasilnya.
“Ada satu broadcaster international siap komen “Hora Horey? It doesn’t have a meaning – you should change it” – Saya kata dalam hati – satu hari nanti – ramai budak-budak akan cakap Hora Horey dan we will make it have it’s own meaning.. hehe (we won!) “
Maka bermulalah idea Didi & Friends, macam mana tercetusnya idea Didi & Friends? Dari mana datangnya idea nak buat lagu sampai jadi siulan kanak-kanak hingga ke hari ini? Ikuti kisahnya disini.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10158699583438237&set=a.284442993236&type=3
Apa pun min harap semoga animasi Didi & Friends masih tersemat di hati kanak-kanak kita. Mudah-mudahkan Sinan Ismail lepas ni dapat terus menghasilkan animasi lain yang mampu menambat hati penonton.