in

Bomba Terpaksa Tayang ‘Didi & Friends’ Demi Nak Keluarkan Kaki Budak 3 Tahun Tersangkut Dalam Lubang Tandas

Didi And Friends

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anak anda sudah boleh mandi sendiri di tandas, para ibu jangan leka tau. Pastikan korang sentiasa pantau apa yang anak sedang buat sebab bimbang jadi macam satu kes ini.


Menurut Sinar Harian, baru-baru seorang kanak-kanak berusia tiga tahun berhadapan dengan detik cemas apabila kakinya tersangkut di dalam lubang tandas ketika sedang seronok mandi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, pihak mereka menerima laporan kejadian itu pada Rabu jam 8.51 malam, sebelum lapan anggota serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

553 2

Nak mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut bukanlah mudah sebab budak-budak mesti akan nangis kan?

Demi nak melekakan mangsa, bomba dapat idea bernas dengan menayangkan animasi ‘Didi & Friends’ menerusi telefon bimbit ketika mengeluarkan kaki budak lelaki tersebut.

Usaha itu membuahkan hasil apabila kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut dilihat leka ketika kerja-kerja mengeluarkan kakinya yang tersepit sedang dilakukan.

Image From Ios 3

Setibanya di lokasi didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki termasuk dalam lubang tandas tingkat dua sebuah premis rumah kedai.

“Menurut maklumat diberi ibu mangsa, kanak-kanak itu sedang mandi bersama-sama adik beradiknya yang lain sebelum kaki mangsa termasuk ke dalam lubang saluran air yang tidak berpenutup,” kata pihak bomba.

Anggota bomba telah membuat kerja-kerja memecah simen sekeliling lubang dan pintu kedai di bahagian bawah bagi memotong saluran paip menggunakan peralatan khas ketika kanak-kanak itu tenang menonton kartun kegemarannya.

Kerja menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit dan mangsa telah diberikan rawatan selepas berjaya diselamatkan. Budak itu juga didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Mujurlah ada Didi & Friends kan! 

Baca: “Ular bisa tu” – Budak 8 Tahun Panik Ular Tedung Masuk Dalam Baju, Terpaksa Tunggu Sampai Bomba Datang

Collage 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.