in

“Hopefully Malaysia tak macam ni” – Buat PPV Walk-In, Rakyat Thailand Sanggup Berhimpit Demi Nak Vaksin

Warga Thai Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan peningkatan jumlah jangkitan wabak COVID 19 lebih daripada 10,000 kes dalam masa seminggu di Thailand, rakyatnya kini sedang dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan vaksin wabak berkenaan.


Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, ratusan orang awam dilihat berpusu-pusu memasuki pusat pemberian vaksin secara walk-in yang diadakan di salah satu wilayah di negara tersebut.

Menurut The Star, Bang Sue Vaccination Centre di Wilayah Chatucak, Bangkok ini seharian dipenuhi orang ramai selepas penduduk mengambil kesempatan untuk travel ke ibu negara bersempena cuti umum demi mendapatkan vaksin.

Pada asalnya, pusat pemberian vaksin ni katanya untuk walk in warga emas dan penduduk daerah lain yang dah pre-booked sebelum ni.

Tapi tiba-tiba pusat ni jadi penuh sebab ramai penduduk dari daerah lain datang ke Bangkok semata-mata nak dapatkan vaksin.

 

“Berdiri 5 minit pun dah berisiko, inikan pula berdiri untuk 1-2-3 jam” 

Malah salah seorang netizen di Thailand juga telah meluahkan rasa kekecewaannya kerana terpaksa menanti berjam-jam lamanya demi mendapatkan vaksin.

Situasi itu juga katanya berbahaya kerana ramai yang berdiri berhimpit secara dekat dan dibimbangkan bakal menyebarkan wabak COVID 19.

Berdiri selama 5 minit pun dah berisiko. Inikan pula terpaksa berdiri selama lebih 1-2-3 jam lamanya, dan dalam tidak jelas situasinya,” kata tweet tersebut.

Menurut laporan, ada di antara yang hadir siap merayu lagi demi ingin mendapatkan vaksin.

 

“Harap pemberian secara walk in nanti tak jadi macam ni” 

Video yang viral ini telah mendapat respon netizen di Malaysia yang bimbang pada 1 Ogos nanti situasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan dipenuhi orang ramai kerana diadakan secara walk in.

Ramai yang berharap kerajaan dan pengurusan di PPV bijak dalam mengawal crowd agar situasi tidak berubah menjadi apa yang berlaku di Thailand.

Thank God

Takutnya tengok orang ramai-ramai macam tu. Harap di Malaysia terkawallah situasi. 

Baca: “Warga emas selepas ini boleh walk in terus ke PPV untuk dapatkan vaksin” – KJ

Kj 3

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.