in

HomeBois Beli Pemain Mobile Legends Indonesia Berharga RM330,000, Kerugian Atau Keuntungan?

Untitled Project 2024 02 11T163457.955

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejohanan Liga MPLMYS13 bakal membuka tirai tidak lama lagi. Kebanyakan pasukan sudah mula berbelanja besar demi mendapatkan gelaran juara pada musim baru ini untuk menjamin kemenangan.


Pasukan Juara Bertahan HomeBois dilihat sekali lagi menjadi bualan peminat apabila membuat kejutan dengan membeli pemain dari pasukan Alter Ego Udil dengan bayaran yang seakan tidak masuk akal.

Artikel berkaitan: Angkara Mobile Legend Lelaki Bergaduh Sampai Cedera & Masuk Hospital

Artikel berkaitan: Bukan prank! M.Nasir Join Team RSG Malaysia Untuk Mobile Legends: Bang Bang!

Bagaimanapun, ada yang berpendapat harga belian sebanyak RM330,000 ribu itu seakan satu kerugian bagi sesetengah pihak. Namun, tidak pula buat pemilik pasukan itu sendiri.

Daddyhood mendakwa belian pemain itu ibarat membeli satu Indonesia kerana nilai pemain itu bukan sekadar pencapaiannya tetapi dari segi nilai pemasaran juga.

Sebelum mengumumkan nilai belian itu, pasukan HomeBois juga berjaya mendapat seorang pemain luar dari Filipina yang juga nilai belian agak tinggi.

Adakah pembelian pemain luar ini adalah satu kerugian atau satu keuntungan?

Adakah komuniti dan peminat sudah tidak sabar untuk menantikan musim terbaru kali ini? Sama-sama kita nantikan siapakah bakal bergelar juara MPLMYS13.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.