in

“Hobi laki aku seru hantu!”

Page Seru 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah rumah tangga yang cliche biasa dikongsi di media sosial seperti masalah dengan mak mertua atau orang ketiga dan macam-macam lagi. Tapi masalah yang dihadapi wanita ini sangat lain dari yang lain!

Apa yang lain tu? Nora berkongsi di Facebook menceritakan tentang hobi suaminya, Husin yang pelik iaitu suka seru hantu! Katanya,


“Terus terang aku bagitahu, duit bukan masalah utama keluarga kami. Tapi disebabkan ‘terlebih’ duit ni lah, Husin suka membuat perkara tak masuk akal!”

Ibu Mertua Guna Guna Bomoh Dukun Jampi
gambar hiasan

Jelasnya, suaminya dari kecil mempunyai hobi membaca kisah dari Tamar Jalis, Tok Awang Ngah dan kini suka menonton TV kisah seram serta membaca kisah-kisah hantu yang ada di Facebook.

“Saya pernah godek handphone dia dan unlike page-page tu, dia like semula! Masalahnya, bila dia baca bab pontianak, dia akan cari pontianak! Kalau pasal penanggal, dia akan cari!”

Nora turut menceritakan rumahnya sering dikunjungi bomoh dan sami bagi membantu untuk menyeru hantu-hantu dan memang betul, ‘benda-benda’ tu akan datang.

“Saya ni dah beberapa kali kena histeria sebab kerasukkan. Husin boleh ketawa dan rakam! Katanya dia puas tengok saya macam tu!”

Bomoh 1
gambar hiasan

Erk, takutnya!

Bukan itu sahaja, kata Nora upah untuk menyeru hantu bukanlah murah dan boleh mencapai sehingga lebih RM4,000. Dia juga risau dengan perbuatan suaminya yang kadang-kadang nampak syirik.

“Ada sekali tu dia pergi Indonesia seminggu nak cari Genderowo. Berhabis dekat RM10k!

“Bila saya nasihat, bazir duit, alih-alih nanti dia tunjuk resit sedekah dekat pusat anak yatim beribu ribu tu. Entahlah…”

N1 1
gambar hiasan

Bukan itu sahaja, Husin pernah dengan sengaja nak santaukan Nora!

“Kekadang ada sekali dia punya idea cukup bodoh, dia nak santaukan saya sebab dia nak tengok betul ke ada muntah keluar kaca semua! Katanya, lepas dah muntah tu semua, dia bagi air penawar! Bangsat kan ada laki serupa ni?”

Walau bagaimanapun, Nora tidak mahu meminta cerai kerana masih sayangkan hubungan antara dia dan suami serta turut memberitahu tertekan dengan keadaan sering nampak makhluk halus di rumah.

“Isteri mana yang tahan dengan hobi gila suami macam ni?”

H1
gambar hiasan

Perkongsian Nora mendapat banyak respon dari orang ramai yang memberikan nasihat dan yang hairan dengan keadaan di rumah keluarga ini.

Page Seru
sumber: facebook

Marilah kita doakan Nora akan jumpa jalan penyelesaian untuk masalah ni.

Baca: “Jin menyamar jadi suami dan berjimak dengan wife dia”

Page W 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.