Seorang lelaki berusia 40 tahun di Medan terpaksa mengambil langkah drastik kerana kebuluran. Mneurut Merdeka, Atek telah ditangkap oleh orang kampung kerana mencuri kampit beras di sebuah gerai dekat Jalan Mawar Gang Banteng, Kelurahan Sari Rejo, Medan Polonia.
Kejadian itu berlaku pada Sabtu lepas di mana Atek telah dibelasah teruk oleh orang kampung selepas mereka mendapat tahu dia mencuri beras.
Atek kemudian mengaku terpaksa mencuri kerana kelaparan dan meminta maaf kepada semua. Pihak polis kemudian dimaklumkan tentang kejadian itu dan atas keprihatinan mereka terus ke rumah Atek.
Atek tinggal bersendirian di sebuah rumah kecil yang usang. Dia kemudian dikunjungi wakil polis yang mahu melihat sendiri keadaan hidupnya. Ketika ditanya polis yang datang itu, Atek mengaku dia berasa sangat lapar ketika itu dan tiada apa-apa lagi barang di rumahnya untuk dimasak atau dimakan.
Pelaku ini sehari-hari bekerja sebagai tukang bubut di Deli Tua, karena sepi pekerjaan dia tidak mempunyai uang untuk membeli makanan.”
Isteri Atek telah meninggalkannya sendiri di rumah itu dan pulang ke rumah ibu bapa membawa 3 orang anak mereka. Atek menerima bantuan beras namun semuanya diserahkan untuk keperluan isteri dan anak-anaknya itu.
Polis kemudian memberikan sumbangan beras, telur dan wang tunai kepada Atek yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.