in

“Hampir menitik air mata saya…”- Lelaki Kongsi Kisah Sembang Dengan Abang Grab Buat Ramai Sedih

Fi Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau korang naik Grab, korang lebih suka kalau abang driver ajak bersembang atau buat hal sendiri je dekat belakang? Kalau korang jawab suka ajak bersembang, apa soalan cliché yang korang selalu dapat atau selalu tanya dekat abang driver tu?


“Abang dah lama buat Grab?”

“Abang asal mana?”

Soalan-soalan sebegini mesti abang driver tu dah lali nak jawab. Seperti thread daripada pemilik akaun Twitter @bukhariramli ini, ia bermula dengan hanya perbualan cliché antaranya dengan pemandu Grab yang dinaikinya. Namun, tak disangka perbualan mereka itu membawa kepada kisah sedih yang hampir membuat air matanya menitis.

“Waa sedap kereta ni,” ayat perbualan yang dimulakan oleh saudara Bukhari ini kepada pemandu itu. “Saya yang susah, bos. Mau tanggung maintenance bulan-bulan.” jawabnya.

Seperti kebiasaan pelanggan Grab lain, Bukhari berbual dengan pemandu itu dengan saling bertanyakan tempat tinggal masing-masing. Namun, jawapan pemandu tersebut membuatnya terkejut kerana dia tinggal di Ipoh dan sudah tujuh bulan memandu Grab di ibu kota.

Dah 7 bulan tak balik jumpa keluarga, tidur dalam kereta je

Lebih mengejutkannya, pemandu itu memberitahu bahawa sudah tujuh bulan sejak mula bekerja, dia tidak pulang ke Ipoh. Bermula jam 6 pagi sehingga lewat malam dia bekerja. Menurutnya, di mana destinasi terakhirnya, di situlah dia akan mencari homestay dengan kos RM40/50 untuk bermalam. Namun, ada masanya dia hanya tidur dalam kereta sahaja dan mula kerja semula pada keesokan harinya.

Dia yang mula bawa Grab atas cadangan kawannya itu dikatakan sudah tujuh bulan meninggalkan anak dan isteri di Ipoh.

Sebelum membawa Grab, dia memberitahu Bukhari yang dia ada membuat bisnes, namun terpaksa ditutup akibat terjejas dengan PKP sebelum ini. Bisnes yang baru sahaja dibuka beberapa bulan sebelum PKP itu terpaksa ditutup kerana dia tidak lagi mampu menampung kos yang terpaksa dikeluarkan menggunakan duit sendiri.

“Hidup saya berubah habis. Totally changed!”

Kisah daripada pemandu itu membuatkan Bukhari termenung seketika dan menilai semula kehidupannya. Menurutnya, walaupun kita rasa kita dah cukup bekerja keras, namun ada orang lain yang terpaksa kerja sampai tak balik rumah menjenguk keluarga. Walaupun kita makan lauk ringkas, tetapi ada orang lain yang terpaksa menahan lapar. Walaupun kita terpaksa kurangkan berbelanja, ada segelintir di luar sana yang langsung tak mampu berbelanja.

Sebelum turun daripada kereta, Bukhari menitip doa kepada pemandu itu agar dia mendapatkan sesuatu yang lebih baik serta boleh berjumpa kembali keluarganya. Lalu doanya itu dijawab “Saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan.”

Kata-kata terakhir pemandu itu sangatlah memberi kesan kepada Bukhari dan pastinya orang ramai. Di luar sana, banyak lagi individu yang menanggung nasib yang sama seperti pemandu ini lebih-lebih lagi semenjak pandemik ini berlaku.

Sama-sama lah kita doakan serta bantu apa yang mampu kepada golongan sebegini. Kalau bukan kita yang tolong sesama kita, siapa lagi?

Baca: [VIDEO] Rider Grab Sanggup Park Tepi Jalan Demi Bantu Pakcik Cacat Penglihatan Lintas Jalan!

Baca Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.