“High sampai jadi bodoh” – Wanita Suntik Bayi Sendiri Dengan Dadah Sampai Mati Sebelum Sumbat Mayat Dalam Freezer

Seorang ibu telah dijatuhkan hukuman penjara 99 tahun sebab bunuh bayinya dengan dadah dan sumbat mayat bayi malang tu dalam peti sejuk.

Menurut Mirror, ibu berusia 36 tahun, Amanda Oakes telah menyuntik dadah metaphatamine ke dalam badan anaknya hingga bayi ini overdose.

Pembunuhan yang dilakukan oleh ibu kejam ini dijalankan di dalam bilik sebuah hotel di Dothan, Alabama.

Sumber: Mirror

Selepas bunuh anak dia, Amanda enggan berikan pengebumian yang sempurna dan hanya sorok mayat anaknya dalam peti ais hotel itu sebelum memandu pergi.

Perbuatan Amanda terbongkar bila salah seorang staf hotel ini menemui mayat bayi tersebut dan menghubungi pihak berkuasa pada Jun lalu.

Ketika perbicaraan semalam, Amanda mengaku telah membunuh anaknya dan mengatakan yang dia berkelakuan begitu kerana berada di bawah pengaruh dadah.

Pendakwa raya, Pat Jones mengatakan yang kes ini telah memberi kesan kepada ramai orang. Hinggakan anak perempuan Amanda sendiri memberikan keterangan menentang ibunya.

“Anak Amanda telah memberikan keterangan menentang ibunya sendiri dan dah tentu ia akan memberikan kesan kepada budak itu.

“Kes ini adalah contoh utama macam mana dadah boleh musnahkan hidup seseorang dan buatkan seseorang membuat keputusan yang boleh menyakitkan ramai orang.”

Inilah masalahnya kalau dah masukkan benda terlarang dalam badan, nak fikir pun dah tak boleh.

 

Baca: Pasangan Kejam! Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan, ‘Pass’ Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun…

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson