in

“Hidup tau nak seronok je” – Penjawat Awam Ditahan Tengah ‘Syok’ Berparti Liar Ketika PKP

Feature 2 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepatutnya tempoh perintah kawalan pergerakan ini digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Barulah keluarga harmoni kan.

Namun, ada juga segelintir yang menyalahgunakan waktu rehat ini dengan mengadakan parti liar di Johor Bahru baru-baru ini, lapor Harian Metro. Kenapalah susah sangat nak duduk rumah waktu getir macam ni eh?  


Party 1

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dua penjawat awam merupakan antara 34 individu yang dicekup dalam serbuan di dua apartment berasingan di Masai dan Johor Bahru.

Seramai 11 wanita dan 23 lelaki yang ditahan berusia antara 17 hingga 31 tahun. Yang muda dengan yang dewasa semua sama naik. 

Lagi teruk, lapan wanita dan 20 lelaki tersebut disahkan positif dadah ketamin.

Party 3

Selain itu, mereka juga didapati memiliki pil eramin 5(tiga biji), dadah jenis ketamin (6.68 gram) dan pil ecstacy (20 biji).

Kesemua mereka akan direman mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 hingga Jumaat ini.

Korang yang lain jangan nak buat benda bukan-bukan pulak waktu PKP. 

 

Baca: “Patut kena sebat dorang ni” – Remaja 15 Tahun Antara 30 Yang Ditahan Buat ‘Private Party’ Dalam Apartment Di JB

Party

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.