in

“Patut kena sebat dorang ni” – Remaja 15 Tahun Antara 30 Yang Ditahan Buat ‘Private Party’ Dalam Aparment Di JB

Collage 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kita sibuk nak jauhkan diri dari orang lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, ada juga yang masih degil nak berkumpul ramai-ramai, siap buat private party lagi!


Malam Sabtu lepas di Johor Bahru, 30 individu telah ditahan semasa sedang sibuk berprivate party di tiga unit pangsapuri R&F Princess Cove di Jalan Tanjung Puteri, lapor Berita Harian.

Ketua polis daerah Johor Bahru mengatakan, mereka berjaya menahan 30 individu yang berusia dari 15 hingga 26 tahun dalam operasi yang dijalankan dari jam 8.30pm hingga 11.30pm ini.

Serbuan yang dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Johor Bahru ini juga turut menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan remaja perempuan berusia 15 tahun.

Joht 1585472333

Lepas membuat saringan, pihak polis mendapati seramai 13 lelaki dan 4 perempuan yang ditahan ini positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine. 30 individu ini juga bukan penghuni apartment tersebut dan tak boleh nak berikan alasan munasabah kenapa dorang berkumpul.

Screenshot 2020 03 30 At 12.34.04 Pm

Pada malam yang sama, pihak pollis telah membuat satu lagi serbuan di salah sebuah kondominium di Jalan Abdullah Tahir dan berjaya menangkap seramai 13 individu yang berumur dari 15 hingga 23 tahun.

Dari 13 orang ini, seramai 8 lelaki dan 3 perempuan positif dadah jenis methamphatamine dan seorang lelaki positif dadah jenic THC.

Menurut pihak polis Johor Bahru, sepanjang PKP dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, pihak dorang dah tahan seramai 308 orang yang ingkar dengan arahan ni dan sehingga hari ni pun masih ramai lagi yang degil.

Nak tunggu polis sebat dorang macam dekat India baru nak ikut arahan kot.

 

Baca: “Buat hal…” – ADUN Dengkil & 10 Pegawai Kerajaan Lain Ditangkap Positif Dadah Dekat Club?

Screenshot 2020 03 30 At 1.03.26 Pm

Sumber: NST
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.