in

“Hi, dah siap vaksin?” – Viral! Petugas PPV Ambil Nombor & Whatsapp Penerima Vaksin Wanita Tanpa Kebenaran?

Fi Ws

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, viral kes seorang wanita diganggu anggota polis ketika dia datang ke sebuah balai polis untuk meminta kebenaran merentas negeri. Anggota polis tersebut dengan secara tiba-tiba, menghantar pesanan kepada wanita yang juga seorang isteri melalui WhatsApp.


Terbaru, kes sama berulang lagi dan kali ini melibatkan petugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menerusi posting yang tular, seorang lelaki dikenali sebagai Idris, memberitahu bahawa adik perempuannya menerima suntikan vaksin semalam.

Namun tindakan seorang petugas di PPV WTC berkenaan mengundang rasa tak selesa adik perempuannya berusia 18 tahun itu. Dia mendedahkan bahawa seorang tentera telah mengambil nombor telefon adiknya dan mengganggu dengan hantar WhatsApp tanpa sebab.

Ws 1 Edit

Berasa tidak senang dengan tindakan lelaki tersebut, adik perempuannya terus block nombor tentera berkenaan.

Hasilnya pihak Tentera Darat Malaysia dan JKJAVMY sedar dengan perkara yang terjadi, dan menyatakan akan melakukan siasatan terhadap anggota tentera tersebut.

Ws 2 Ws 3

 

Banyak kacau orang lain juga

Selain itu beberapa individu mendedahkan, bahawa anggota tentera yang bertugas di tempat periksa suhu berkenaan pernah mengganggu diri mereka dan ahli keluarga yang lain.

Ws 5 Editt Ws 6.1 Editt

 

Bahaya betul kalau benda macam ni jadi dekat golongan wanita. Stay safe ya!

 

Baca : Anggota Polis Disiasat Kerana WhatsApp ‘Isteri Orang’ Tanpa Sebab Lepas Minta Kebenaran Rentas Negeri

Foot Ws

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.