in

Anggota Polis Disiasat Kerana WhatsApp ‘Isteri Orang’ Tanpa Sebab Lepas Minta Kebenaran Rentas Negeri

Mesej Bini Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang anggota polis kini dalam siasatan selepas viral seorang wanita mendakwa dirinya telah dihubungi anggota tersebut menerusi aplikasi WhatsApp secara tanpa sebab semalam.


Menerusi posting yang viral, wanita itu mendedahkan bahawa dia telah ke balai polis untuk meminta kebenaran merentas negeri untuk ke hospital bersama suami dan adiknya.

Walau bagaimanapun, selepas selesai urusannya, anggota polis yang bertugas telah ‘menghubunginya’ tanpa sebab di WhatsApp untuk bertanya tentang hal peribadi.

199630433 114043940926740 1327591311634574635 N

Lebih merumitkan keadaan, wanita itu juga mendakwa dia sudah berkahwin dan tidak wajar bagi seorang anggota polis ‘menghubunginya’ dengan cara begitu.

Bang

 

 

Wanita buat laporan polis 

Menurut Harian Metro, wanita itu kemudian telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya pada masa yang sama telah mengesan satu hantaran yang tular di Twitter, mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya dihubungi oleh anggota polis melalui aplikasi WhatsApp.

201041095 114044030926731 4328706994892427081 N

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis.

“Kami dimaklumkan wanita berkenaan yang juga penganalisis pelaburan sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak jam 7.30 malam hari ini dan dia akan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dalam masa terdekat.

“Pada masa sama, kami berjaya mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan,” katanya.

Siasatan ini juga menurutnya sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, pihak polis juga tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan sebarang salah laku serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka jika melakukan kesalahan.

Baca: [VIDEO] Viral Ajak Orang Ramai Berkumpul Tanda Protes Pada Kerajaan, Polis Bakal Ambil Tindakan Tegas

Cats 111

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.