in

Heliza Helmi Sah Bernikah Dengan Pilihan Hati, Ramai Peminat Ucap Tahniah

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas peserta Akademi Fantasia dan aktivis terkenal, Heliza Helmi dilaporkan sudah bernikah dengan pilihan hati, Mahadi pada hari ini.


Menerusi satu hantaran oleh Dr. Mohd Izhar Ariff di Facebook, beliau ada memuat naik gambar Heliza Helmi bersama pasangan, dan sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

A

Dr. Mohd Izhar Ariff turut meminta maaf kepada pasangan ini kerana tidak dapat hadir ke majlis pernikahan mereka kerana berada di luar kawasan.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… ❤️❤️❤️ Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan… Esok kita jumpa ye..❤️”

TAHNIAH KEDUA ADINDA SAYA Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan debgan izin Allah.. Syukur…

Posted by Dr Mohd Izhar Ariff on Friday, December 31, 2021

 

Difahamkan, majlis Heliza Helmi bersama pasangan diadakan di Pulau Langkawi. Bagaimanapun, lokasi sebenar majlis tidak didedahkan dalam hantaran tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini diberkati dan kekal bahagia di dunia dan akhirat.

Tahniah buat Heliza Helmi dan pasangan!

BACA: “Dorg betul2 koyak tu” – Akaun IG Heliza Helmi Mungkin Kena Padam, Sebab Kongsi Pasal Gaza

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.