in

“Hebat inovasi adik ni..” – Pelajar Ini Cipta Meja Belajar Jimat Ruang, Raih Ratusan Ribu Tontonan di TikTok

meja belajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar lelaki dikenali sebagai @yafiq_ikan di TikTok mencuri perhatian ramai selepas berkongsi ciptaan meja belajar unik yang boleh diletakkan di hujung kaki katil.

Rekaannya bukan sahaja menjimatkan ruang, malah sangat praktikal untuk digunakan oleh pelajar atau individu yang tinggal di ruang terhad.


Dalam video yang kini viral, Yafiq berkongsi step-by-step bagaimana dia mencipta meja tersebut dari awal hingga siap – semuanya dilakukan sendiri oleh Yafiq dengan penuh ketelitian.

Difahamkan, Yafiq merupakan pelajar Diploma Teknologi Pengeluaran Perabot Kontemporari dan rekaannya ini membuktikan kebolehannya dalam mereka perabot yang praktikal serta moden.

Sehingga kini, video di TikTok telah meraih lebih 163,000 tanda suka dan 2,000 komen daripada netizen.

@yafiq_ikan

Meja tak proceed

♬ Sunday Theme – uglyburger0

Artikel berkaitan: Menara KL Cipta Rekod, Pertunjukan Bunga Api Tertinggi Di Malaysia

Artikel berkaitan: Cipta Sejarah, Politeknik Port Dickson Wakili Malaysia Ke Pertandingan Robot Sumo Di Tokyo, Jepun

Screenshot 2025 03 15 182232
Tangkap layar yang menunjukkan Yafiq mengambil ukuran sebelum membuat meja belajar dalam videonya yang tular di TikTok, baru-baru ini.

Malah, ramai yang memuji rekaannya dan ada yang mencadangkan agar dia mengetengahkan inovasi ini kepada syarikat besar seperti IKEA atau dipasarkan secara komersial.

“Jual idea awak ke IKEA dik… daftar IPO, buat prototaip guna bahan berkualiti, mana tahu ada rezeki jadi designer muda!” kata Dongeng.

“Kalau macam ni, boleh dicadangkan untuk semua asrama sebab boleh jimatkan ruang dalam bilik yang sempit,” kata seorang pengguna.

“Ni orang panggil improvisasi design sedia ada. Kat hospital pun dah ada konsep macam ni, tapi dia buat jadi lebih efisien,” kata seorang lagi netizen.

Tak kurang juga yang melihat potensi rekaan ini sebagai penyelesaian terbaik untuk rumah kecil, asrama, atau ruang kerja moden yang tidak mempunyai ruang yang luas.

Siapa tahu, satu hari nanti rekaannya akan berada di pasaran global dan membantu lebih ramai orang yang memerlukan meja belajar praktikal seperti ini.

Memang power!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.