in

“Hati saya bersama rakyat Venezuela” – Neymar Sumbang RM 1 Juta Untuk Operasi Menyelamat Mangsa Gempa Bumi

Ft Neymar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang bola sepak terkenal Brazil, Neymar dikatakan telah menyumbang sebanyak AS$250,000 (RM1 juta) untuk menyokong misi menyelamat kecemasan dan bantuan kemanusiaan di Venezuela.

Dilaporkan dana itu digunakan untuk menyediakan bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan termasuklah bekalan makanan, air minuman, peralatan perubatan serta tempat tinggal sementara.


Artikel berkaitan: Dakwa Dipergunakan, Bekas Chef Peribadi Mahu Saman Neymar RM1.4 Juta

Artikel berkaitan: Bintang Bola Sepak Brazil, Neymar Beri Bayangan Akan Bersara Selepas Piala Dunia

“Hati saya bersama rakyat Venezuela” – Neymar

Kata Neymar lagi, dia berharap agar sumbangannya itu mempu mengembalikan kekuatan dan kelegaan buat keluarga yang terkesan.

Sementara itu, Presiden Perhimpunan Nasional Venezuela, Jorge Rodriguez berkata, sekurang-kurangnya 1,430 orang dilaporkan maut akibat gempa bumi berkembar yang melanda negara itu pada Rabu lalu.

Seramai 3,238 cedera dan 3,142 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah. Pasukan penyelamat masih lagi meneruskan pencarian mangsa yang terselamat ketika tempoh kritikal operasi mengecil, dengan usaha menyelamat terganggu akibat kekurangan jentera berat serta gegaran susulan yang berterusan.

Screenshot 2026 06 29 174342

Menurut sumber, semenjak berlakunya gempa bumi berkembar berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud di Venezuela pada Rabu, negara tersebut mengalami beberapa gegaran susulan dan gempa kecil yang terus merumitkan operasi menyelamat dan bantuan.

Dalam perkembangan lain, ketua jurulatih Brazil Carlo Ancelotti berkata Neymar telah menunjukkan kemajuan besar dalam proses pemulihannya, kini Neymar mampu beraksi bagi tempoh yang lebih lama semasa juara dunia lima kali itu bersedia menghadapi Jepun pada pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA.

Malah, beliau juga mengatakan tahap kecergasan Neymar meningkat dengan ketara sepanjang minggu lalu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.