in

Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang!

Fi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pulau Pinang memang terkenal sebagai sebuah lokasi percutian kat dalam dan luar negara. Pernah dinobatkan CNN sebagai salah satu tempat terbaik wajib dikunjungi pada 2017, makin lama makin ramai pengunjung datang sini.

Tapi apa yang sedihnya bila ada yang sengaja nak ambil kesempatan dengan kunjungan orang ramai ni. Berdasarkan perkongsian seorang lelaki di Facebook, dia dan teman wanita dah kena scam dengan seorang perempuan ni sewaktu ke Georgetown.


36063268 10215002325506170 9083110851782639616 N
sumber: facebook

Perempuan yang tipu dorang ni siap bawak anak lagi tau! Kisahnya bermula bila lelaki dikenali sebagai Simon Pioldi ni duk jalan-jalan berdekatan Georgetown’s Light House dengan girlfriend dia sebelum perempuan scammer tu datang kat dorang.

Scammer tu perkenalkan nama dia sebagai Samy atau Samantha Rodriguez. Sebelah dia ada anak lelaki yang umur dalam linkungan 7-9 tahun macam tu. Lepas tu dia cerita yang dia ni tinggal dua beranak je kat luar bandar tapi datang Pulau Pinang sebab nak keluarkan duit.

35973324 10215002325026158 5364034009443598336 N
sumber: facebook

Then katanya kad bank dia kena telan dengan mesin ATM tapi sebab waktu tu hari raya, takde orang langsung boleh tolong dia. Lepas tu Samy mula duk push-push Simon mintak nak pinjam RM150 supaya dia boleh guna buat bayar teksi balik hotel dan beli makanan untuk anak dia. Dia janji nak bayar balik sebaik sahaja dia sampai nanti.

Simon dengan teman wanita dia tak berapa sure nak bagi ke tak duit tu jadi dorang mintak Samy buat beberapa perkara ni:

  1. Cari tempat ada Wifi supaya Samy boleh terus online transfer duit yang dipinjam
  2. Tunjuk kad pengenalan dia dan anak lelaki dia
  3. Hubungi kawan atau ahli keluarga untuk tolong
  4. Tunjuk akaun Facebook dia

Dalam banyak-banyak tu dia boleh bagi akaun Facebook je, tapi akaun tu pun macam agak mencurigakan. Akhirnya Simon kasi RM50 cukup lah untuk dia ambil teksi balik rumah sebab dorang dah kesian tengok anak dia. 

Nak dipendekkan cerita, Simon dengan teman wanita dia memang dah kena tipu sebab rupanya Samy dah dua tahun buat kerja ni. Kadang-kadang dia guna nama lain, alasan lain. Lepas baca entri Simon, ramai kongsi yang dorang dah kena tipu dengan perempuan yang sama.

Kome1 1
sumber: facebook
Kome2 1
sumber: facebook

Ish tak baik nya tipu duit orang macam tu, siap bawak anak lagi! Korang kalau nak pergi Pulau Pinang hati-hati tau!

Baca: “My engerish is not too good” – Berdekah Baca Mamat Ni Balas Whatsapp Scammer

Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.