in

“Hati-hati dia ni perogol” – Wanita Ini Dedah Wajah Perogol Namun Dituduh Reka Cerita?

Feature Image Sebs

Sebelum ni memang dah banyak kes yang dilaporkan mengenai mangsa rogol dari kalangan wanita. Namun, ada juga mangsa yang tidak berani tampil ke hadapan untuk menegakkan kebenaran.

Terbaru, tular di laman Twitter mengenai seorang wanita yang membuat pengakuan berani bahawa dirinya telah dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya.

https://twitter.com/jadenoteware/status/1203567351297400832?s=20

Menurut @jadenoteware, individu yang memuat naik tweet tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Sebastian Martinez telah merogolnya pada ahad yang lalu. Jade turut memberi amaran kepada wanita yang berada di kawasan sekitar Denton, Texas.

Namun, tweetnya itu telah di sangkal oleh Sebastian sendiri apabila dia turut memuat naik tweet yang seakan-akan membela dirinya dan menceritakan hal sebenar.

Jade
Sumber: twitter

“Jade tuduh saya merogolnya pada ahad yang lalu, tapi saya tak buat pun”

“Masa malam tu, tiba-tiba saya rasa ada tangan yang meraba kemaluan saya.”

“Lepastu, saya pun minta kebenaran untuk melakukan seks dengan Jade dan dia bersetuju.”

“Tapi malam semalam dia ada datang jumpa saya dan minta maaf dengan apa yang berlaku. Kami juga sempat berpelukkan sebelum dia kata dia rindu dan cintakan saya.” Katanya.

Kenyataan lelaki ini telah disokong oleh kawannya yang mengatakan bahawa Jade tidak mahu menceritakan kisah yang sebenar kepada umum.

Rugol
Sumber: twitter

Hampir bunuh diri? 

Sebastian juga ada memuat naik Tweet menceritakan bahawa dia hampir membunuh diri akibat tertekan dengan situasi yang sedang melandanya.

Sebas 1 1
Sumber: twitter

Namun rata-rata netizen lebih mempercayai Jade yang mendakwa dirinya telah dirogol oleh lelaki tersebut.

Believe
Sumber: twitter

Bagi admin, kalau betul lelaki tu merogol, dia memang bersalah dan patut kena hukum. Tapi apa pun, admin juga tak sure cerita siapa yang benar sebab kedua-dua pihak bagi kenyataan.

 

Baca: “Dia ni takde anak bini ke?” – Pembikin Filem Kata Rogol Perempuan Patut Jadi ‘Legal’ Asalkan Tak Bunuh…

Collage 25