in

“Dia ni takde anak bini ke?” – Pembikin Filem Kata Rogol Perempuan Patut Jadi ‘Legal’ Asalkan Tak Bunuh…

Collage 25

Selama bertahun-tahun sampai sekarang, wanita-wanita di seluruh dunia lagi-lagi di India masih memperjuangkan hak sebagai wanita dan keselamatan mereka agar kerajaan mengambil langkah untuk hentikan kes rogol yang sering berlaku di sana.

Namun, ada beberapa lelaki di India merasakan yang ianya perkara biasa untuk rogol dan bunuh wanita atas beberapa sebab tertentu seperti cara mereka berpakaian dan bagi memuaskan nafsu lelaki.

Ini termasuklah seorang pembikin filem di India, Daniel Sharavan yang telah mencetuskan kontroversi di Internet bila dia buat statement tentang macam mana wanita patut bekerjasama dengan perogol dengan membawa kondom. WTF?!

Indian Filmmaker Suggests Women To Bring Condoms With Them To Be Raped World Of Buzz 2
Sumber:  daily mail

Menurut  Daily Mail dia buat statement ni lepas mayat seorang veterinar ditemui mati akibat dirogol beramai-ramai dan dibakar minggu lepas! Ni apa yang dia cakap:

Indian Filmmaker Suggests Women To Bring Condoms With Them To Be Raped World Of Buzz
Sumber:  daily mail

Kerajaan patut benarkan rogol tanpa keganasan (tak bunuh lepas rogol.) Perempuan 18 tahun ke atas pulak patut diberikan pelajaran pasal rogol. (i.e Perempuan jangan tolak keinginan seksual lelaki). Dengan cara ni, benda-benda macam ni takkan berlaku.

Korang tak boleh nak kawal benda ni, so perempuan-perempuan India patut lagi aware dengan sex education. (Bawak kondom lepas dah umur 18 tahun).

Benda logik je, bila keinginan lelaki dah dipenuhi, dorang takkan bunuh wanita. Kerajaan patut buat benda macam ni untuk kawal kematian lepas rogol.

Masyarakat, organisasi wanita dan kerajaan hanya takutkan perogol dengan hukuman dan pepper spray.

Perogol hanya nak keinginan seksual dorang dilunaskan bukan nak membunuh. So, ada baiknya kalau wanita-wanita terima je seks dari lelaki.

Indian Filmmaker Suggests Women To Bring Condoms With Them To Be Raped World Of Buzz 3

Kalau korang dah nak kena rogol, just bagi je kondom dekat perogol dan kerjasama dengan dia. Dengan cara ni, mesti korang tak diapa-apakan.” 

Komen pengarah ini telah buatkan ramai netizen rasa takut dengan keselamatan wanita semasa di India dan ada yang mengharapkan agar lelaki ni ditangkap. Bagaimana pun, Shravan telah pun delete statementnya ini.

Dia ni sakit otak agaknya…

 

Baca: “Jantan keparat” – Doktor Haiwan Dirogol & Dibakar Sekumpulan Lelaki Konon Nak Tolong Tukar Tayar Motor

Screenshot 2019 12 09 At 1.07.19 Pm