Sebelum ini, agak kecoh di Malaysia bila Al-Jazeera mengeluarkan video dokumentari palsu mengatakan pendatang asing yang datang di Malaysia dilayan dengan teruk di kem tahanan.
Kali ini, tuduhan yang sama turut dibuat oleh YouTuber terkenal, Nas Daily mengatakan yang dia telah difitnah oleh Al-Jazeera yang mengatakan dia merupakan ejen untuk Israel.
Sebelum ini, Al-Jazeera telah memuat naik satu video dalam bahasa Arab menuduh Nas Daily menjadi sebahagian daripada program propaganda Israel. Menurut Nas, video tersebut ditayangkan kepada orang-orang di Timur Tengah, jelas Nas dalam video baru yang dia muat naik di channelnya.
Saya macam tak percaya benda ni jadi dekat kami! Ini adalah berita palsu yang dibuat ke atas kami oleh kerajaan.”
Dalam video ini juga, Nas yang menyangkal dakwaan ini turut mengatakan yang Al-Jazeera merupakan saluran berita yang dibiayai oleh kerajaan Qatar.
Semua orang kenal Al-Jazeera. Ia salah satu organisasi berita terbesar di dunia. Tapi orang tak tahu yang Al-Jazeera ini adalah organisasi berita kerajaan.”
Dalam video yang dikeluarkan oleh Al-Jazeera, seorang “pakar” telah menuduh Nas dan syarikatnya Nas Academy sebagai program propaganda Israel yang melatih orang ramai untuk sukakan Israel.
Kelakar! Padahal Nas Academy adalah syarikat yang kami buat untuk lahirkan lebih ramai content creators. Kami ajar macam mana nak bercerita dan buat video serta jadi macam Nas Daily.”
Tak cukup dengan itu, Nas turut mengatakan yang Al-Jazeera telah sebarkan dakwaan palsu ke atasnya dengan tularkan kepada saluran-saluran berita lain yang turut dibiayai oleh Al-Jazeera.
Kalau korang tak cakap bahasa Arab, korang tak kan perasan benda ni, tapi ia dah berlaku selama berpuluh tahun di Timur Tengah sebab dalam bahasa Inggeris dorang akan tunjuk dorang sokong hak LGBT tapi dalam Arab dorang akan bangkang, dorang ada dua cerita untuk dua jenis penonton.”
Kalau korang nak tahu, sebelum ni juga Forbes pernah tuduh Al-Jazeera dengan tuduhan yang sama.
Nas akhiri videonya dengan menekankan yang misinya adalah untuk sebarkan mesej kesamarataan, rasa hormat, dan cinta sesama manusia.
Korang boleh tengok video penuh dekat sini:
https://www.facebook.com/nasdaily/videos/3535110433193633/
Baca: “Kami menolak tuduhan ini” – Al Jazeera ‘Berkeras’ Pertahan Dokumentari Layanan M’sia Terhadap PATI