Ina Naim baru-baru ini ada membuat pendedahan tetang kehidupannya yang pernah menjadi bualan hangat saat masih menjadi isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad suatu ketika dahulu.
Dalam satu temu bual, Ina atau nama sebenarya Nordiana Mohd Naim menjelaskan tentang ketiadaan dua perkakas utama rumah iaitu peti sejuk dan mesin basuh, ia bertujuan bagi meleraikan kekeliruan serta persepsi negatif warganet.
Artikel berkaitan : “Cukup-cukuplah beri komen negatif” – Anak Ina Naim Tampil Bersuara, Perjelas Sebab Tindakan Ibunya
Artikel berkaitan : “Rindu, tak boleh tipu” – Ina Naim Demam 3 Hari, Dedah Arwah Suami Muncul Dalam Mimpi
Jenis makan tak bersimpan, suka makan yang fresh
Tegas Ina, dia tidak mempunyai peti ais sejak dari awal perkahwinan mereka, baginya ia bukan satu kepentingan.
“Peti ais memang sejak dari awal bernikah lagi tidak memilikinya. Ia tidak penting pun.”
“Kami tinggal di Kelantan banyak kedai menjual sayur-sayur di tepi jalan je. Semua fresh dan ikan juga segar.”
“Kami sekeluarga jenis makan, pagi masak lain, nanti malam kita orang makan kat luar.”
“Kadang-kadang memang selera berbeza. Bukan makan tengah hari asam pedas sampai ke malam. Nanti malam akan ada arwah kata, jom kita makan contohnya di restoran mamak.”
@mingguanwanita Memang bagi Ina Naim sekeluarga, kewujudan peti ais tidak dianggap sebagai perkara keperluan kerana mereka sudah terbiasa dengan membeli barang fresh setiap hari. Betul juga kata Ina Naim, kalau simpan makanan dalam peti ais lama-lama pun boleh menjatuhkan lagi kualiti makanan kita, kan? #mingguanwanita #temansetiapwanita
Tegas Ina lagi, dia ada sahaja peti sejuk di rumah, tetapi ianya tidak berfungsi dan jika mereka ingin masak, mereka akan terus beli.
“Benda itu (peti ais) ada tapi tidak berfungsi. Senang cerita hari ini kita hendak makan tom yam, kita beli je bahan-bahan tom yam dan masak. Tak payah simpan.”
Katanya lagi, bagaimanapun selepas berkahwin dengan Mohd Khairul Rizal Shukor, suami baharunya itu ada membeli peti ais dan mesin basuh untuk mengelak daripada kecaman ramai.
“Sekarang sudah ada peti ais. Sebab orang kecam jadi dia beli semua, peti ais, mesin basuh, mesin pengering.”
“Dia (Mohd Khairul ) rasa macam kasihan. Peti ais tu macam itulah. Benda-benda lama-lama simpan pun tak elok untuk kesihatan.”
Berkenaan dengan mesin basuh, Ina mengatakan bahawa dia sebenarnya sudah memiliki perkakas tersebut ketika berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Intem itu lagi.
Namun, ada beberapa faktor tertentu termasuklah memberikan ia kepada jiran yang lebih memerlukan, mereka memilih untuk mencuci pakaian di dobi.
“Sebenarnya kita ada mesin basuh tapi bila rumah kami dekat sangat dengan dobi, kata arwah hantar ke dobi sahaja.”
“Nak kena sidai pula. Kebetulan pada masa itu jiran kami tu rosak mesin basuhnya. Saya pun cakap dengan arwah, ‘Abang mesin basuh akak depan ni rosak.'”
“Selepas tu dia panggil Adi dan minta bersihkan mesin basuh, dia berikan kepada jiran. Hadie yang angkut.”
Setelah mendengar kenyataan daripada Ina Naim ini, ramai memuji keperibadian arwah Suhaimi bahkan mereka turut memuji ketaatan Ina terhadap arwah suaminya itu.
Sumber : TikTok