Majoriti dunia kini sedang bersedih dengan apa yang berlaku di Palestin, rakyat Malaysia terutamanya banyak meluangkan masa melakukan solat hajat serta melancarkan pelbagai bentuk derma termasuklah barangan serta wang.
Terbaru, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik sebuah ciapan yang memberitahu beliau juga menggunakan caranya tersendiri bagi menderma ke Palestin.
Artikel berkaitan: Sertai Acara Maraton Dari Syarikat Yang Berasaskan Riba, Dr Zulkifli Beri Penjelasan
Artikel berkaitan: Kecoh Isu Netizen Persoal Anak Dr Zulkifli Dapat Biasiswa Ke Jordan, MAIWP Keluarkan Kenyataan Rasmi
Beliau memutuskan untuk melelong jam tangan mewahnya yang berjenama Rolex dengan harga tapak RM 40,000.
JAM ROLEX UNTUK PALESTIN
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu… pic.twitter.com/V8dvu6gbGv— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 30, 2023
Lebih manis lagi, jam tangan itu merupakan hadiah pemberian Raja Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz ketika kunjungannya ke Malaysia.
“Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr. Aizam untuk mengambilnya.
Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri. Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi,” tulisnya.
Menjujung titah Raja Saudi itu, Dr Zulkifli yang ingin bersederhana dan mengutamakan perpaduan ummah.
Seperti kerajaan Saudi yang banyak membantu Palestin dengan menyumbangkan berbilion dollar, Dr Zulkifli juga ingin membuka bidaan untuk jam tangan kesayangannya itu dan setakat ini bidaan di Instagram miliknya sudah mencapai RM 47K, difahamkan beliau akan menutup bida pada 31 Oktober 2023.
Sumber: X