in

Kecoh Isu Netizen Persoal Anak Dr Zulkifli Dapat Biasiswa Ke Jordan, MAIWP Keluarkan Kenyataan Rasmi

F4 Biasiswa Anak Dr Zulkifli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh tentang isu netizen persoal kelayakan anak Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga mantan Menteri Agama yang mendapat biasiswa dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Jordan.


Ini kerana ramai netizen beranggapan Dr.Zulkilfi adalah seorang yang mampu untuk menghantar anaknya belajar ke luar negara walaupun tanpa biasiswa.

Ada juga yang berpendapat biasiswa yang diperoleh oleh anak lelaki Dr Zulkifli juga tidak adil untuk pelajar lain yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Artikel Berkaitan : Anak Dr Zulkifli Dapat Biasiswa MAIWP Pergi Jordan Tapi Ramai Netizen Persoal?

Namun, pagi tadi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

11 2

Dalam kenyataan terbabit, pihak MAIWP mengatakan biasiswa yang diterima oleh anak Dr Zulkifli iaitu Abdul Syakur  Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang di mana pelajar berkenaan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bidang pengajian Fiqh Wa Usuluh.

Pihak MAIWP juga mengatakan dasar agihan sistem bantuan tersebut melibatkan 30 skim dasar agihan bantuan dan termasuk Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang yang boleh dibantu melalui Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.

Untuk makluman pada asasnya, Asnaf Fisabillah adalah tidak tertakluk kepada pengiraan had kifayah. Justeru penentuan kelayakan bagi skim bantuan ini adalah berdasarkan lebihan had kifayah yang akan dipertimbangkan melalui Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa Baitulmal MAIWP,” ujar kenyataan dari MAIWP.

Selain memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM iaitu 7A+ dan 1A dalam SPM, Abdul Syakur bin Zulkifli juga layak kerana hasil semakan mendapati pelajar berkenaan dikategorikan sebagai asnaf Fisabilillah dengan lebihan had kifayah.

Bapa pelajar iaitu Dr Zulkifl juga hanya menerima pencen dan segala jawatan beliau termasuk sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM juga telah dilepaskan oleh beliau.

Jadi, ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah yang ditetapkan bagi asnaf Fisabilillah,” ujar Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sumber: Facebook MAIWP 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.