in

“Haram rosakkan undi. Tidak mengundi dan tak daftar sebagai pengundi juga haram…”

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hampir dengan tarikh pilihan raya (PRU14) yang dikhabarkan akan berlangsung beberapa bulan nanti, semakin hangat pula isu berkenaan pengundian atau undi rosak diperkatakan rakyat. Baru-baru ini keluar satu kisah tentang kempen tidak elok berkenaan pilihan raya.


Kecoh dalam kalangan rakyat bahawa wujudnya satu kempen yang mengajak para pengundi untuk sengaja merosakkan undi mereka dalam pilhan raya akan datang. Berikutan hal ini, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri telah tampil memberikan penjelasan.

Mf1
sumber: the malay mail

Zulkifli memaklumkan bahawa adalah haram kepada rakyat dan masyarakat Malaysia yang beragama Islam (Muslim) merosakkan undi mereka dengan sengaja. Bukan itu sahaja, masyarakat Muslim juga dikatakan haram jika tidak mengundi dalam pilihan raya.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan itu, Zulkifli menegaskan bahawa tindakan mengundi adalah mandatori ke atas semua Muslim menurut perlembagaan.

“Kami cenderung untuk mengatakan bahawa adalah haram jika merosakkan undi. Tidak mengundi dan tidak mendaftar sebagai pengundi juga haram.”

Un2
sumber: the malay mail

Zulkifli khabarnya mengeluarkan kenyataan tersebut selepas kempen untuk sengaja merosakkan undi berkenaan dikatakan semakin heboh diperkatakan dan tersebar dalam kalangan pengundi termasuklah anak muda di Malaysia. Ini disebabkan oleh golongan muda yang mendakwa bahawa mereka kecewa dengan pilihan ditawarkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Mufti Wilayah Persekutuan tersebut juga menekankan bahawa pemilihan pemimpin adalah penting kepada orang Muslim dan umat Islam. Oleh sebab itu, kepentingan proses ini merupakan faktor penting untuk seseorang individu agar tidak merosakkan undi.

Undi Rosak
sumber: blog

 “Perintah yang diberikan oleh pemimpin dalam Islam mesti dipatuhi,” kata Zulkifli lagi menambah kepentingan pemimpin dalam menyatukan umat Islam dalam negara.

Haaa korang dah daftar mengundi ke belum tu?

Baca: SPR Perkenal Kaedah ‘Urutan Jari’ Untuk Elak Penipuan Semasa Mengundi PRU14

Kokoko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.