in

Hanya Kerana Sokong Palestin, Pemain Bola Algeria Youcef Atal Dihukum Penjara 8 Bulan

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setakat ni, ramai yang dah berani untuk tunjukkan sokongan kepada Palestin secara terbuka. Ini termasuklah sebilangan besar selebriti terkenal dunia seperti Bella Hadid, Mark Ruffalo dan Dua Lipa.


Tapi, apa yang tak boleh brain-nya, dorang ni dikritik banyak pihak sehingga ada yang kehilangan kerja. Kalau dalam kes Youcef Atal pula, dia telah dijatuhkan hukuman penjara hanya kerana tunjukkan sokongan pada Palestin baru-baru ni.

240104102046 02 Youcef Atal Fine

Artikel berkaitan: “Sokong, tapi didenda!” – 5 Atlet Bola Sepak Yang Pernah Dihukum Sebab ‘Support’ Palestin

Artikel berkaitan: “Tak perlu thank you” – Netizen Terharu Lihat Uncle India Berdemo Sokong Palestin

Bagi siapa yang tak kenal, Youcef merupakan atlet bola sepak terkenal yang bermain untuk pasukan negaranya iaitu Algeria. Dia juga adalah pemain kelab Ligue 1, Nice yang bertindak sebagai defender sejak tahun 2018.

Sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak, banyak kejayaan diperolehnya sehingga digelar salah satu pemain terbaik dunia. Namun, itu tak menjaminnya untuk terlepas daripada hukuman ini.

Menurut Berita Harian, Youcef dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan oleh mahkamah Perancis. Tak cukup dengan itu, dia turut didenda sebanyak 45 ribu euro (RM228,149) atas dakwaan yang kononnya dia mencetuskan kebencian secara terbuka.

Pada Oktober tahun lepas, Youcef ada repost satu video di media sosial mengenai seorang pendakwah Palestin yang sedang berdoa untuk menghantar ‘hari hitam’ pada puak Yahudi tersebut. Namun begitu, dia telah delete hantaran tersebut sekali gus meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya itu.

“Saya sedar bahawa post saya mengejutkan ramai orang di mana itu bukanlah niat saya dan saya memohon maaf.”

Untitled Design 2024 01 04T172954.946

Akan tetapi, dia tetap dikecam teruk dan juga digantung dari bermain dalam kelabnya. Pada masa yang sama, dua persatuan iaitu Liga Antarabangsa Menentang Perkauman dan Anti-Semitik (LICRA) dan Pemantau Yahudi Perancis telah memfailkan dakwaan ke atasnya sehingga dia dijatuhi hukuman penjara pada 3 Januari lepas.

Sebenarnya, bukan Youcef sorang je pernah kena sebegini. Pemain kelab Mainz 05, Anwar El Ghazi turut digantung daripada menjalani latihan gara-gara tunjukkan sokongan pada Palestin.

Biarpun begitu, kita kena tetap kuat sokong saudara-saudara kita di Palestin walaupun berdepan banyak ugutan mahupun hukuman. Moga Palestin akan bebas satu hari nanti. Insya-Allah!

Sumber: Berita Harian, Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.