in

“Sokong, tapi didenda!” – 5 Atlet Bola Sepak Yang Pernah Dihukum Sebab ‘Support’ Palestin

Cats 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini, lebih dua minggu isu antara Palestin dan Israel menjadi perbualan dunia. Mana taknya, hal yang melibatkan hak asasi manusia ni memang patut diutamakan pada masa sekarang. Walaupun begitu, pengakhiran bagi konflik antara kedua-dua negara itu masih tak kelihatan.


Namun, ramai dalam masyarakat yang tak putus-putus dalam menyokong rakyat Palestin termasuklah individu terkenal seperti pemain bola sepak antarabangsa. Kalau nak tahu, mereka ni sampai didenda kelab sendiri sebab bersifat pro-Palestin. Jadi, mari kita kenali mereka.

1. Mohamed Elneny

El

Nama panjang beliau ialah Mohamed Naser Elsayed Elneny dan merupakan pemain bola profesional kelahiran Mesir. Pada awalnya, dia bermain untuk pasukan Basel namun telah diserap masuk ke Arsenal pada Januari 2016 sebagai pemain tengah kelab itu.

Tambahan lagi, dia juga menyokong Palestin dalam konflik ini. Buktinya, dia mengeluarkan mesej di dalam akaun sosial medianya yang memihak negara itu dan juga menukar profile picture kepada bendera Palestin.

Walau bagaimanapun, pihak Arsenal telah berbincang dengan Elneny tentang ‘implikasi besar’ mengenai tindakannya itu yang mendatangkan kerisauan pada penaja kelab bola itu, Lavazza. Pun begitu, gambar bendera Palestin itu masih dikekalkannya sehingga kini.

Artikel berkaitan: Seriouslah ‘Player’ Thai Lagi Kaya Dari Ronaldo? Ini 9 Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia

2. Mesut Ozil

806X378 Mesut Ozil Sends His Prayers To Palestinian Brothers And Sisters 1620983295233

Sesiapa yang minat bola mesti kenal dengan Mesut Ozil ni. Dia merupakan bekas pemain Jerman dan telah mencipta nama melalui kelab itu. Buktinya, dia telah dinobatkan sebagai ‘Player of the Year‘ oleh Jerman sebanyak lima tahun tau!

Disebalik kejayaan itu, pemain tengah profesional ini juga merupakan seorang Muslim dan pernah menyuarakan sokongannya terhadap Palestin. Contohnya, dia menghantar satu post di sosial medianya yang meminta untuk menghentikan perang dengan #FreePalestine.

Selain itu, dia juga menunjukkan solidaritinya dengan memakai baju yang mempunyai bendera Palestin. Walau bagaimanapun, tiada tindakan yang jelas diambil sebagai hukuman bagi perbuatan Ozil ini.

3. Anwar El Ghazi

Ge

Anwar merupakan bekas pemain kelab Aston Villa di England. Kini, dia berada di bawah persatuan bola Bundesliga dalam kelab Mainz 05 selepas menandatangani kontrak selama dua tahun pada 22 September 2023.

Namun, dia telah digantung kelab itu daripada menjalani latihan disebabkan kenyataan di Instagram-nya yang menunjukkan sifat pro-Palestin. Pada masa yang sama, dia juga telah meletakkan satu ayat iaitu, “From river to the sea, Palestin will be free” dalam post itu.

Akan tetapi, dia telah ambil keputusan untuk memadam hantaran itu daripada akaunnya selepas perbincangan mendalam bersama kelabnya.

Artikel berkaitan: Pemain Bola Sepak Brazil, Neymar Buat Hal Lagi, Kali Ini Bergaduh Di Kelab Malam

4. Youcef Atal

Yousef

Pemain pasukan Perancis, Nice ini juga tak terlepas dalam menyatakan sokongannya terhadap Palestin. Pada 14 Oktober tahun ini, dia menghantar satu video di sosial media yang menunjukkan seorang pendakwah Palestin sedang berdoa.

Disebabkan itu, dia telah digantung oleh kelabnya walaupun dah delete hantaran itu. Dia juga telah memuat naik satu video meminta maaf secara publik namun penggantungannya daripada bermain tetap berjalan.

5. Frederic Kanoute

Fred

Frederic merupakan pemain bola yang sudah bersara pada tahun 2010. Namun, dia dulu pernah beraksi dalam kelab-kelab bola sepak yang terkenal seperti West Ham United dan Tottenham Hotspur. Striker ini juga pernah berkhidmat dalam kelab Sevilla di Sepanyol.

Waktu berada dalam kelab itu, banyak kemenangan yang dia capai. Tapi, ada juga hukuman yang dia dapat disebabkan pemaparan t-shirt dalamnya yang mengandungi perkataan ‘Palestine’ selepas dia menjaringkan gol semasa perlawanan bersama kelab Deportivo La Coruna dalam Spanish Cup.

Yang membuatkan ramai salute akannya ialah dia langsung tak kesah dengan sekatan dan penalti yang dikenakan akibat daripada perbuatannya itu. Dia juga mengatakan bahawa itu adalah perkara yang patut dibuat apabila melihat ketidakadilan yang berlaku di Gaza pada 2009.

Sumber: SelayangPandang.Net, MediaDakwah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.