Beberapa hari lalu, pendakwah selebriti PU Azman dijatuhi hukuman penjara lagi selama enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada tujuh tahun lalu.
Ini menjadikan hukuman keempat yang dijatuhkan ke atasnya selepas dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Klang dan Seremban sebelum ini.
Disebabkan terdapat beberapa pertuduhan membabitkan kes serupa telah disabitkan ke atas Azman, perkara ini telah menyebabkan ramai yang keliru dengan hukuman yang dikenakan terhadap pendakwah ini.
Ekoran ini, peguam yang mewakili Azman, Fahmi Adilah telah menjelaskan perkara ini. Menurutnya, pendakwah selebriti ini hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 24 tahun kerana kesemua hukuman tersebut berjalan secara serentak sejak dia didapati bersalah pada 27 September lalu.
Tapi bagi hukuman sebatan pula, ia akan dijalankan secara berasingan dan mengikut empat kes yang telah dijatuhi hukuman, pendakwah ini bakal menerima lima kali sebatan atas kesalahannya.
Namun begitu, peguam ini mengatakan bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman 24 tahun penjara tersebut.
Ketika ini Azman terlihat tenang dengan semua perbicaraan.”
Untuk pengetahuan korang, pada 27 September lalu telah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas dua pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada 2022.
Kemudian, Mahkamah Majistret Klang pada 6 Disember lalu telah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki pada tahun sama.
Pada 17 Disember pula, PU Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban atas empat pertuduhan pindaan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki di Nilai.
Manakala pada 30 Disember, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhi hukuman penjara enam tahun serta satu sebatan terhadap Azman.
Sumber: mStar