Beberapa hari lalu, tular di media sosial dakwaan bahawa pasangan suami isteri yang juga pelakon, Pekin dan Mona Allen, menyambut perayaan Krismas.
Menerusi video yang tersebar, Pekin dilihat memakai topi berwarna merah dan putih yang dipercayai menyerupai topi sambutan Krismas, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: “Ko tido sebantal dengan diaorg ke” – Mona Allen ‘Sound’ Netizen Tuduh Pekin Jadi Batu Api Isu Fattah-Fazura
Artikel Berkaitan: “Kami buat untuk suka-suka” – Isu Cekik Mona Allen, Iqram Akhirnya Mengaku Hanya Gimik Semata
Menurut Pekin, dia menafikan dakwaan dia menyambut Krismas itu kerana dia dan isteri, Mona Allen hanya hadir di majlis tersebut setelah dijemput untuk sama-sama menyambut hari jadi keluarga dan teman rapat mereka, lapor Harian Metro.
Difahamkan, sambutan hari jadi tersebut ialah sambutan hari jadi anak kepada dua rakan mereka.
Manakala salah seorang yang diraikan pula bukan orang Melayu dan tidak beragama Islam.
Tambahnya lagi, dia dan isterinya, Mona Allen sememangnya mempunyai saudara mara yang tidak beragama Islam.
Permainan yang dimainkan pula hanyalah musical chair dan bukannya bertukar-tukar hadiah seperti yang didakwa warganet, jelasnya.
Sumber: Harian Metro
