Sebelum ini agak kecoh di media sosial apabila Mona Allen mendakwa Iqram Dinzly sengaja cekiknya dengan kuat ketika melakonkan babak dalam drama Hati Yang Dikhianati.
Dua pelakon ini juga turut balas membalas di Instagram sehingga Iqram membuat video dirinya menangis kerana dituduh psiko.
“Kami buat hanya untuk suka-suka”
Selepas lebih seminggu berlarutan, Iqram akhirnya mengaku bahawa pergaduhan antara dia dan Mona itu hanyalah gimik semata-mata, lapor mStar.
Menurutnya, dia merancang perkara itu supaya ia dapat menjadi bahan bualan untuk netizen di media sosial.
Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka membawang.
Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik.
Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen untuk menilai.”
Selain itu, Iqram turut mengatakan yang dia telah memanfaatkan situasi ini supaya kemunculan semulanya dalam drama diperkatakan orang.
Iqram akui, hubungannya dengan Mona baik-baik sahaja dan turut memuji lakonan wanita itu. Malah, lelaki ini turut memberi tahu bahawa dia sempat meminta izin dengan suami Mona juga seorang pelakon, Pekin sebelum menjalani penggambaran.
Bukan hanya Mona, seluruh produksi bagaikan keluarga buat saya. Mona seorang pelakon yang hebat dan kami sendiri sudah tahu perancangan untuk membuat sedikit kontroversi dan akan terima kecaman.
Sebelum berlakon saya ada jumpa Pekin dan meminta izin untuk bergandingan dengan Mona. Dia kata jalan je.”
“Iqram dah lama rancang, korang yang lalai”
Manakala di Instagram Mona Allen, wanita ini turut mengakui bahawa ‘drama’ dia dicekik itu hanyalah dibuat-buat dan semua itu dirancang sendiri oleh Iqram.
Pelakon ini turut berpesan supaya orang ramai berhenti bercakap mengenai perkara itu kerana dia dah bosan membaca komen-komen kecaman dari netizen.
Lahhh, haritu kata bukan gimik bila Caprice teka benda ni untuk promosi je. Dah lah lepas ni malas dah nak percaya drama-drama artis ni, hati kita pulak yang disakiti. Eh tiberrr bitter… Yang penting dorang tak gaduh betul-betul.
Baca: [VIDEO] Iqram Menangis Luah Perasaan Tertekan Lepas Dituduh Psiko Kerana Terlalu Menjiwai Watak