in

“Hikmah di sebalik kejadian” – Jambatan Tempat Jaslinda Ditemui Dapat Perhatian Kerajaan Negeri

Jambatan Jaslinda Ditemui Dapat Perhatian Kerajaan Negeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di sebalik tragedi kehilangan seorang pendaki wanita di Gunung Batu Putih baru-baru ini, jambatan yang menjadi lokasi penemuan Jaslinda kini mendapat perhatian kerajaan negeri.

Menerusi video yang memaparkan lokasi penemuan Jaslinda itu, kelihatan keadaan jambatan kayu itu sangat uzur dan difahamkan ia merupakan laluan yang digunakan oleh penduduk Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu.


Rata-rata netizen berharap, sebuah jambatan baharu yang lebih selamat dan kukuh dapat dibina demi keselamatan dan keselesaan penduduk di situ.

Artikel berkaitan: Jaslinda Semakin Bertenaga, Ceria & Selera Makin Bertambah – Kakak

Artikel berkaitan: “Tiada unsur jenayah” – Polis Tepis Dakwaan Jaslinda Ada Kaitan Dengan Along

Ekoran itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng berkata, satu lawatan ke kampung berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi meninjau sendiri keadaan jambatan tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Saya akan turun ke kampung itu dalam sehari dua ini untuk melihat sendiri keadaan jambatan dan berbincang dengan Tok Batin mengenai keperluan sebenar penduduk,” katanya.

Beliau memaklumkan, sekiranya terdapat keperluan mendesak, pihaknya akan berusaha membantu mengemukakan permohonan bagi pembinaan jambatan baharu demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Menurut Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah, jambatan tersebut dibina sejak dua tahun lalu menggunakan bahas asas seperti papan dan buluh.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.