in

Jaslinda Sangkal Dakwaan Ada Unsur Mistik, Gangguan Dalam Hutan – Exco Perak

Ft Jaslinda Exco Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Kehilangan’ pendaki wanita, Jaslinda Saludin selama hampir 2 minggu di kawasan hutan Gunung Batu Putih tiada sebarang unsur mistik dan gangguan luar biasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jaslinda sendiri kepada Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi semasa lawatannya bersama  Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan di Hospital Tapah semalam.


Artikel berkaitan : “Apa yang didengar itu semua fitnah” – Jaslinda Enggan Ulas Dakwaan Tular, Mahu Berehat Dahulu

Artikel berkaitan : Jaslinda Semakin Bertenaga, Ceria &  Selera Makin Bertambah – Kakak

Jelasnya, Jaslinda kini berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat selain menunjukkan perkambangan pemulihan yang memberangsangkan.

“Beliau berkongsi bahawa sepanjang berada di dalam hutan tidak ada gangguan mistik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.”

“Beliau hanya bergantung kepada sumber air untuk terus hidup dan tidur dalam keadaan baik tanpa sebarang gangguan.”

  Screenshot 2026 06 09 182426

Tambah Mohd Azlan, Jaslinda juga menyatakan bahawa beliau ada membawa wisel sepanjang berada di dalam hutam dan kerap meniupnya sebagai tanda usaha agar mendapatkan perhatian pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Jelasnya lagi, Jaslinda ada mendengar bunyi helikopter yang menjalankan operasi pencarian namun tidak boleh melihat memandangkan keadaan hutan terlalu tebal.

“Beliau ada menemui nota yang ditinggalkan pasukan SAR, namun pada ketika itu beliau berada di laluan berbeza daripada lokasi pencarian pasukan terbabit.”

719939869 1467693072038780 6115472716958517355 N

Dalam pada itu, Mohd Azlan turut menafikan dakwaan yang mengatakan Jaslinda kononnya meneruskan hidup dengan memakan cendawan yang dikutip ketika berada di dalam hutan.

Katanya, Jaslinda akui ada mengutip cendawan tersebut untuk dibawa pulang namun begitu Orang Asli memaklumkan bahawa cendawan itu beracun.

Dalam pada itu, beliau juga ada memaklumkan bahawa botol air dan beberapa lagi makanan yang ditemui didakwa dikaitkan dengan Jaslinda dalam beberapa hantaran di media sosial bukan miliknya.

719565989 1467693108705443 3322720540248790744 N

“Sebenarnya beliau tidak makan cendawan itu. Malah beliau mengakui tidak makan selama beberapa hari ketika berada dalam hutan.”

“Beliau memaklumkan semua barang peribadinya masih berada bersama beliau sepanjang tempoh tersebut.”

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.