in

“Hanya beza 0.005 saat!” – Lagi Kes Pingat Emas Ditarik? Atlet Lari Berpagar Negara Akur Dapat Tempat Kedua

Lari Berpagar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, kecoh di media sosial isu pingat emas gimnas negara, Izzah Amzan yang ditarik balik bagi acara riben. Namun mujurlah selepas protes dikemukakan kontinjen Malaysia, pingat emas tersebut katanya akan dipulangkan semula kepada atlet negara.


Lepas reda satu isu, muncul pula isu baru apabila kejadian yang sama berlaku kepada atlet acara lari berpagar semalam.

 

Terlepas pingat emas hanya kerana beza 0.005 saat

Menurut Instagram Astro Arena, atlet 110 meter lari berpagar negara, Rayzamshah Wan Sofian katanya terpaksa akur dengan pingat perak lepas penganjur mengeluarkan keputusan melalui photo finish.

Melalui photo finish, Rayzam hanya terkebelakang sedikit je dengan perbezaan masa 0.005 saat dari pelari Filipina, Clinton Kingsley Bautista. 

Screenshot 2019 12 10 At 3 32 09 Pm
sumber: era. Je

Walau bagaimanapun, pegawai olahraga kontinjen negara katanya mendakwa pihak penganjur tak mahu layan bantahan Malaysia untuk menonton semula rakaman video perlumbaan.

Tak cukup dengan tu, penganjur juga tolak permintaan pasukan negara untuk bagi bukti bergambar daripada sudut kiri dan kanan garisan penamat. Alahaii… 

 

Pihak penganjur tak adil? 

Menurut sumber, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISOGOC) juga didakwa tak adil kerana enggan tangguh upacara kalungan pingat semasa Malaysia membuat bantahan isu keputusan tersebut.

Rata-rata penyokong sukan negara juga membantah tindakan penganjur dan berpendapat kedua-dua atlet memang layak mendapat pingat emas.

Bagi Je
sumber: instagram

Makin banyak pulak ye kontroversi sepanjang Sukan SEA 2019 ni berlangsung. Harap perkara macam ni tak berulang lagi lah… 

Baca: “Ayah dia meninggal sejam sebelum dia perform” – Atlet Ini Tak Tahu Bapa Meninggal Sejam Sebelum Beraksi Tapi Akhirnya Menang Pingat Emas

Ninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.