in

“Ayah dia meninggal sejam sebelum dia perform” – Atlet Ini Tak Tahu Bapa Meninggal Sejam Sebelum Beraksi Tapi Akhirnya Menang Pingat Emas

Feature Image Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang berlangsungnya temasya Sukan SEA ke 30 di Filipina, banyak memori suka dan duka yang terpalit kepada para atlet.



Baru-baru ni, tular dekat laman Twitter mengenai kisah seorang atlet dari negara Indonesia yang telah kehilangan bapanya satu jam sebelum dia beraksi.

Atlet bagi acara Gunshu itu dikenali sebagai Edgar Xavier Marvelo.

Melalui perkongsian itu juga, netizen ada memberitahu bahawa jurulatih tidak memberitahu mengenai maklumat ini kepada atlet tersebut kerana tidak mahu menggangu konsenstrainya.

Edgar terus mempamerkan aksi yang cemerlang apabila dia berjaya mendapat pingat emas dalam acara tersebut dan kelihatan terus menangis apabila mendapat tahu mengenai berita kematian bapanya.

Meang
Sumber: twitter

 

Menang
Sumber: twitter

Mungkin dia menangis sebab menang dan juga sedih kehilangan bapanya.

Edgar juga ada memuat naik gambar di ig story miliknya yang mana dia sempat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bapanya itu.

“Dia pakai piala saya”

Mendiang
Sumber: twitter

Selain itu, Joko Widodo, Pesiden Indonesia ada juga memberikan ucapan takziah kepada atlet itu.

Jokowi
Sumber: instagram

Kalau jurulatih dia bagi tahu awal, mungkin fokus dia untuk beraksi akan berubah. Tapi walau apa pun, tahniah dan juga takziah atas pemergian bapa tercinta.

 

Baca: “Lagi susahlah nak fokus” – Ingat Maria Ozawa? Dia Sekarang Jadi Maskot Tak Rasmi Pasukan Garuda Untuk Sukan SEA

Maria

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.