Sebelum ini kecoh apabila ada individu yang mengatakan bantuan yang dilakukan Ustaz Ebit Liew ini boleh menjatuhkan aib pada orang, maka ianya jatuh hukum haram.
Tak cukup dengan itu, ada pula individu yang menuduh beliau sengaja menunjuk-nunjuk kebaikannya di media sosial untuk mendapat perhatian netizen. Wallahualam bisawab…
Sehingga isu berkaitan Ustaz Ebit Liew ini mendapat perhatian daripada Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr. Maza yang merupakan bekas mufti Perlis pada tahun 2015.
Menerusi Facebook Dr. Maza, beliau telah memberikan pandangannya dari sudut agama.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati manusia, jika niatnya untuk menunjuk dia akan mendapat dosa dan tiada pahala.
Walaubagaimanapun di ruangan komen, ramai netizen kaitkan posting tersebut dengan kes melibatkan Ustaz Ebit Liew dalam memberi sumbangannya.
Ustaz Ebit nak tunjuk mana duit penderma itu disalurkan
Insyaallah ustaz Ebit nampaknya lebih terkehadapan dalam menggambarkan Islam itu indah