in

“Habis 1,800 unit!” – Gara-gara Khairulaming Buat Review, Bekas Beras Sold Out Di Shopee

Fi Ka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak alami situasi, bila nak beli barang secara atas talian saja mesti dah sold out. Tunggu barang restock pun masih tak sempat nak beli sebab cepat habis. Selalunya jadi macam ni sebab kualiti produk tu sangat bagus sampai buat ramai orang tertunggu-tunggu.


Tapi korang pernah tak dengar, bekas beras yang dijual di Shopee akan habis dengan cepat?

 

Khairulaming buat review… terus sold out

Sebut saja nama influencer Khairulaming, mesti korang dah terbayang Sambal Nyet Berapi oleh Khairulaming tu kan. Jadi sangat viral sampaikan terjual kesemuanya tak sampai berapa minit di atas talian. Masih ada yang menunggu ke tu?

Beberapa hari lalu dia sekali lagi menjadi perhatian apabila, membeli sebuah bekas beras di Shopee, lalu membuat sedikit review barangan tersebut.

beli bekas simpan beras pun aku dah excited.. perangai mak-mak tu dah datang” 

 

Habis juga semua stok dalam beberapa jam

Apa yang paling mengejutkan menerusi posting terbaru Khairul di Twitter, dia memberitahu bahawa bekas beras yang dibelinya itu dah sold out di Shopee.

Tambahnya lagi, dianggarkan kira-kira 1,800 unit terjual dan pemilik barangan tersebut dianggarkan memperoleh jualan sekitar RM 90k. Banyak betul, murah rezeki dia.

Memang hebat betul penangan Khairulaming ni, diharap semua peniaga kecil dimurahkan rezeki dan kuat sepanjang menempuh musim pandemik ini.

 

Baca : “Cepat betul sold out” – Penangan Tweet Khairulaming, Jualan Scone Peniaga Kecil Ini Raih Lebih RM 17 Ribu Dalam Masa 5 Jam

Foot Ka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.