in

Gypsy Rose Blanchard: Kisah Anak ‘Sakit Tenat’ Tamatkan Riwayat Ibu Kandung Sebab…

Collage 14

Jaga anak memang susah tapi jaga anak yang sakit lebih susah, banyak benda yang perlu dikorbankan untuk memastikan anak yang sakit mendapat perhatian sepenuhnya.

Kerana ini, Dee Dee Blanchard dilihat sebagai seorang ibu yang sangat hebat. Ibu tunggal yang menghabiskan masa menjaga anaknya yang sakit tenat. Namun begitu, pada satu hari dia ditemui mati ditikam di dalam rumahnya. Ramai yang terkejut dengan penemuan ini, lebih-lebih lagi selepas anaknya yang berkerusi roda turut tidak ditemui di dalam rumah tersebut. Apa ceritanya?

Kehidupan awal Dee Dee Blanchard

Young Dee Dee Blanchard

Clauddine “Dee Dee” Blanchard dilahirkan pada 3 Mei 1967 di Chackbay, Louisiana. Sebagai serang kanak-kanak, Dee Dee merupakan seorang yang gemar meraih perhatian melalui perangainya yang pelik dan kejam. Malah keluarganya sendiri hanya bercakap tentang perkara-perkara negatif mengenai Dee Dee.

Menurut ibu tirinya, Laura Pitre, Dee Dee sering mencuri barang keluarganya dan menuduh wanita ini menipu kad kredit dan menulis cek tentang. Tak cukup dengan itu, Laura turut mendakwa bahawa anak tirinya itu pernah cuba untuk membunuhnya dengan meracun makanannya namun wanita ini terselamat selepas sembilan bulan menjalani rawatan.

Bukan itu sahaja, keluarga ini turut menuduh Dee Dee membunuh ibu kandungnya sendiri, Emma perkara ini turut dipersetujui oleh ibu tiri anak Dee Dee.

Walaupun kebanyakan dakwaan ini sukar dibuktikan, ramai percaya dengan cerita-cerita ini selepas perbuatan Dee Dee tentang kekejaman yang dilakukan ke atas anaknya ini terdedah.

Kelahiran Gypsy Rose dan kesengsaraan yang diterimanya

Young Dee Dee Blanchard With Gypsy 768X640 1

Dee Dee kemudiannya telah berpindah keluar dari rumah keluarganya dan menjadi pembantu jururawat. Ketika ini juga dia telah menemui Rod Blanchard yang berusia 7 tahun lebih muda darinya.

Pada usia 24 tahun, Dee Dee mengandungkan anak perempuannya Gypsy Rose. Rod yang ketika itu baru berusia 17 tahun ketika kekasihnya itu mengandung telah berkahwin dengan Dee untuk menjaga bayi yang bakal lahir.

Namun begitu, tak lama selepas itu pasangan ini telah berpisah selepas lelaki ini sedar yang kehidupan ini bukanlah apa yang dia mahukan.

Saya bangun ketika hari jadi saya yang ke-18 dan sedar saya tak di tempat yang sepatutnya. Saya tak cintakan dia dan saya tahu saya berkahwin dengannya bukan dengan sebab yang betul.”

Pada 27 Julai 1991, Dee telah melahirkan Gypsy Rose. Walaupun ibu bapa ini telah bercerai, Dee dan Rod tetap berhubungan mengenai perkembangan Gypsy. Tiga bulan selepas kelahiran  Gypsy, masalah kesihatannya mula diketahui Rod.

Dee Dee dilaporkan telah membawa Gypsy Rose ke hospital mengatakan bahawa bayinya itu sering berhenti bernafas pada waktu tengah malam. Namun selepas beberapa ujian dibuat, doktor tak dapat temui apa-apa masalah dengan bayi itu namun Dee Dee berkeras mengatakan kesihatan anaknya dalam bahaya.

Tak lama selepas itu, Dee Dee mula memberitahu Rod tentang masalah-masalah kesihatan Gypsy Rose antaranya apnea tidur dan kecacatan kromosom. Pada awalnya Rod percaya yang Dee Dee telah lakukan yang terbaik untuk anak mereka. Lebih-lebih lagi bila Dee Dee sering peka dengan masalah yang dialami oleh Gypsy Rose dan sentiasa mendapatkan rawatan bila memerlukan.

Penipuan Dee Dee Blanchard

Dee Dee Blanchard With Gypsy

Ketika tinggal di Louisiana, Dee Dee telah menghantar Gypsy Rose ke hospital atas sebab pelbagai isu kesihatan.

Dia mula memberikan ubat anti sawan selepas melaporkan bahawa anaknya mempunyai sawan. Wanita ini turut juga berkeras mengatakan anaknya ini mempunyai masalah distrofi otot walaupun ujian mengatakan sebaliknya.

Selain itu, masalah kesihatan yang dialami oleh Gypsy termasuklah cacat penglihatan, asma yang teruk serta leukemia. Gypsy akhirnya terpaksa bergantung pada kerusi roda. Walaupun ujian yang dibuat menunjukkan kanak-kanak ini sihat, ramai doktor masih menjalankan pembedahan ke atasnya ekoran menurut permintaan Dee Dee. Gypsy turut mengambil banyak ubat-ubat yang tak diperlukan.

Dee Dee turut berjaya menipu doktor dengan menunjukkan pengetahuannya dalam bidang perubatan. Untuk setiap soalan, wanita ini mempunyai jawapan ekoran pekerjaannya sebagai pembantu jururawat sebelum ini.

Apabila Gypsy Rose semakin besar, Dee Dee berjaya mengelak dari memberikan laporan perubatan dengan memberitahu doktor bahawa Taufa Katrina telah memusnahkan rumahnya beserta barang-barangnya termasuk rekod perubatan Gypsy.

Ekoran dakwaannya ini juga, Dee Dee telah mendapat satu rumah baru yang terletak di Springfield, Missouri yang dibina oleh sukarelawan.

Sekiranya ada doktor yang mula curiga tentang masalah kesihatan Gypsy, Dee Dee akan tukar kepada doktor lain.

Malah, kisah seorang ibu tunggal menjaga anaknya yang sakit tenat ini telah menjadi topik di mana-mana sahaja mereka pergi. Badan amal dan organisasi lain telah menghubungi Dee Dee untuk memberikan beberapa bantuan termasuk penerbangan percuma untuk pergi ke pusat perubatan, percutian percuma, tiket konsert percuma dan macam-macam lagi.

Bagi mendapatkan barang-barang percuma, Dee Dee telah terus menerus menyeksa anaknya dengan ubat-ubatan. Selain itu, dia turut memukul Gypsy, mengikatnya di atas katil, membiarkan dia kelaparan bagi membuat anaknya ini patut dengan arahannya.

Penemuan mengejutkan di rumah Blanchard

Dee Dee Blanchard Home

Pada 14 Jun 1925, satu posting yang mengejutkan telah muncul di page Facebook Dee Dee. Tak lama kemudian satu lagi mesej berbaur ugutan telah muncul di Facebooknya:

Aku t*tak b*bi gemuk tu dan r*g*l anak dia yang tak bersalah. Bunyi jeritan dia sangat kuat. LOL.”

Ekoran ini, ramai yang risau dengan keadaan Dee Dee dan mula meminta pihak polis untuk memeriksa wanita tersebut dan anak perempuannya di rumah.

Namun apa yang mereka temui lebih mengerikan dari posting di Facebook.

Ketika masuk ke dalam rumah, polis telah menemui mayat Dee Dee di dalam biliknya dan pembunuhnya telah menikam wanita ini sebanyak 17 kali di belakang. Dia juga telah mati sejak beberapa hari lepas.

Namun begitu, pihak polis tidak menemui Gypsy Rose dan orang-orang di sana mula panik dan risau dengan keadaan remaja yang sakit dan perlukan ubat-ubatan untuk terus hidup.

Jika pembunuh telah mengambil Gypsy, ramai risau dia tak dapat hidup lama tanpa jagaan hari-harian dari ibunya.

Pihak polis kemudiannya telah menerima tip dari rakan Gypsy Aleah Woodmansee. Dia memberitahu bahawa Gypsy telah bercakap dengan teman lelaki onlinenya dan perhubungan mereka makin serius.

Cerita Gypsy Rose

Hbz Gypsy Rose Blanchard Mugshot 1 1555532407

Dengan menjejaki alamat IP orang yang membuat posting di Facebook Dee Dee, pihak polis berjaya menjejaki Nicholas Godejohn di rumahnya di Wisconsin. Di sana, pihak polis telah menemui Gypsy yang boleh berdiri dan berjalan dengan sendiri.

Siasatan lanjut kemudiannya telah menyebabkan pengakuan dari pasangan kekasih ini sekaligus mendedahkan perbuatan dan rancangan mereka membunuh Dee Dee dan membebaskan Gypsy dari menjadi hamba perubatan.

Dengan bantuan dan arahan dari Gypsy, Nicholas telah masuk ke rumah mereka pada waktu malam untuk membunuh Dee Dee. Kedua-dua remaja ini kemudiannya melarikan diri dan duduk di rumah Nicholas sehingga pihak polis menemui mereka.

Pihak berkuasa mengambil masa kurang 48 jam selepas posting Facebook itu dibuat untuk menahan pasangan kekasih ini.

Ketika ini, semua orang mula tahu bahawa Gypsy Rose bukanlah seorang budak yang sakit tenat seperti yang dibuat oleh ibunya malah dia sihat. Ketika pembunuhan tersebut, Gypsy yang telah berusia 23 tahun ini berada dalam kesihatan yang baik kecuali beberapa isu yang dialami ekoran perbuatan ibunya seperti gigi reput kerana tak dijaga dengan baik atau penggunaan ubat-ubatan yang berlebihan.

Pendedahan ini jelasnya telah mengejutkan rakan-rakan, keluarga dan semua orang yang pernah mendengar kisah Gypsy Rose ini. Pakar percaya yang Dee Dee Blanchard telah mengalami Munchausen Syndrome by Proxy iaitu satu kecelaruan yang dialami oleh individu sehingga membuat orang yang dijaganya mempunyai masalah kesihatan bagi mendapatkan perhatian.

Pada tahun 2016, Gypsy telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala teman lelakinya dipenjara seumur hidup. Ketika di penjara, Gypsy telah melihat Munchausen Syndrome by Proxy ini dan merasakan bahawa ibunya mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan.

Gypsy Rose masih menjalani hukuman penjara 10 tahun di Missouri tapi dia mungkin boleh dibebaskan dengan pengampunan seawal Disember 2023.

Sumber: ati

 

Baca: James Bulger: Budak 2 Tahun Diculik & Dibunuh Dua Kanak-kanak Umur 10 Tahun, Ramai Saksi Tapi…

Collage 2 758X399.Png 1