in

Guru Panaskan Besi Pengasah Pensil dan Tekap di Muka Pelajar Tahun Dua Sebagai Hukuman

Tekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai kes pelajar dihukum oleh guru kita dengar di Malaysia ini tetapi hukuman dikenakan terhadap pelajar sekolah rendah ini pertama kali dilaporkan.


Menurut Malaysiakini, seorang guru Matematik sebuah sekolah rendah di Port Dickson telah mendera salah seorang anak muridnya pada pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Fikri Said, 8, sedang bermain dengan rakan-rakan sekelasnya ketika guru lelaki itu sedang mengajar.

Sekolah
gambar hiasan

Guru itu kemudian naik angin dan terus menghukumkannya dengan memanaskan pengasah pensel. Dia dikatakan menggosok alat itu beberapa kali di lantai untuk memanaskan bahagian besi sebelum ditekapkan di pipi mangsa. Tindakan itu telah menyebabkan kulit pipi mangsa mengelembung dan menggelupas.

Menurut bapa mangsa, Said Sudu, 32, dia terkejut melihat kesan luka di pipi anaknya ketika pulang ke rumah. Fikri kemudian dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bukan setakat itu, dia (guru) juga menampar anak lelaki saya beberapa kali di bahagian luka.” 

“Beginikah kelakuan seorang guru? “Kenapa guru itu bertindak sedemikian sehingga mencederakan wajah anak saya?”

Tekap1
sumber: malaysiakini

Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan dia bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang jika guru itu tidak menemuinya.

Isterinya juga dikatakan telah menghantar mesej melalui Whatsapp kepada guru itu untuk berdepan dengannya berkenaan insiden ini namun jawapan yang diberikan ‘tidak memuaskan’.

ADUN PKR di Port Dickson, M Ravi berkata, ini adalah kali pertama kes anak murid diperlakukan sebegitu dilaporkan berlaku di sekolah itu.

Salah satu kerjaya yang memerlukan kesabaran yang tinggi adalah guru. Kan?

Baca: Guru Tendang Kaki dan Dada Pelajar Berkali-kali Kerana Buang Sampah Sesuka Hati

Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.