in

Guru Luah Rasa Kesal Elaun Jadi Pengawas, Tanda Kertas SPM Masih Belum Diterima

cats 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan SPM sudah pun diumumkan, namun sebilangan besar guru yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mendakwa mereka masih belum menerima elaun tersebut sehingga ke harin ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang guru, Mohd. Fadli Salleh, dia ada memuat naik beberapa tangkap layar luahan beberapa guru daripada kumpulan Kami Guru Malaysia (KGM).


Menurut perkongsian tersebut, beberapa guru meluahkan rasa kesal kerana masih tidak menerima elaun seperti yang dijanjikan meskipun sudah lama masa berlalu.

“Dalam Islam, upah harus dibayar sebelum keringat kering. Dah la bayaran tidak setimpal dengan bebanan tugas, tuntutan bayaran yang dibuat kena potong dan lambat bayar pula. Harap Lembaga Peperiksaan Rasmi (LPM) ambil serius isu ini,” tulisnya.

Hasil tinjauan di kumpulam Facebook KGM mendapati ramai pendidik yang mempersoalkan bila bayaran akan dibuat memandangkan keputusan SPM sudah diumumkan pada awal bulan lalu.

Selain itu, ada juga guru yang mendedahkan mereka hanya dibayar RM4 untuk kertas yang mempunyai hampir seratus markah dan terdiri daripada 50 ke 60 helaian muka surat. Jelas mereka, ianya tidak setimpal dengan kerja yang perlu dilakukan.

“Keputusan sudah keluar, bayaran masih tak dapat. Begitulah kita cikgu diperlakukan. Bayaran sudahlah tak setimpal. Zaman dah berubah. Macam-macam tuntutan untuk menanda.

“Peranti sendiri, data sendiri. Skema tak boleh dicetak. Masa menanda perlu curi-curi antara mengajar.

“Yang saya terkesan sekali bila dapat tahu tentang bayaran. Kertas amali Sains yang hanya ada sikit soalan, soalan penuh hanya dalam dua muka surat, jumlah markah kurang dari 20 markah, bayarannya RM3,” luah guru tersebut.

Untuk rekod, keputusan SPM 2022 yang diumumkan pada 8 Jun lalu menyaksikan seramai 10,109 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Kredit: Kosmo

BACA: [VIDEO] Pelajar Cemerlang Dapat 9A SPM Terkejut, PIBG Hadiahkan Motor Bernilai RM4,000

Capture 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.