Salah satu daripada empat pegawai polis yang dituduh membunuh George Floyd mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan, menurut dokumen mahkamah.
Guna alasan self defense
Lapor Mail Online, Alexander Keung akan menegaskan bahawa dia bertindak sebagai membela diri, mengikut piawaian yang dibenarkan sebgai pihak berkuasa.
Ia berlaku hanya beberapa jam setelah hakim di Minneapolis memberi amaran bahawa dia mungkin akan memindahkan proses keempat-empat bekas polis itu ke tempat lain memandangkan kes ini menarik perhatian seluruh dunia.
Dalam pendengaran singkat di Mahkamah Daerah Hannepin Couny pada hari Isnin, Hakim Peter Cahill mengatakan bahawa dia bimbang bahawa publisiti pra-perbicaraan dapat membahayakan peluang untuk perbicaraan yang adil.
Keung, 26, didakwa bersama Derek Chauvin, 44, Tou Thao, 34, dan Thomas Lane, 37.
Chauvin menghadapi tiga pertuduhan sementara tiga pegawai lain dituduh membantu dan bersubahat membunuh..
Keempat-empat lelaki yang dituduh itu menahan Floyd di Minneapolis pada 25 Mei ketika Chauvin menyematkan lututnya ke leher Floyd selama hampir sembilan minit.
Floyd kemudiannya sidahkan meninggal dunia di hospital. Minggu lalu, pihak atasan polis di Minneapolis mengatakan bahawa kematian George Floyd adalah satu “pembunuhan”. Chauvin dipecat setelah kejadian itu sebelum ditangkap dan didakwa. .