in

“Tu tak bermakna dia ni innocent” – Anggota Polis Yang Terlibat Dalam Kematian George Floyd Dibebaskan

Freedft 1

Siasatan mengenai pembunuhan anggota polis terhadap George Floyd masih lagi dijalankan, kes yang mencetuskan kemarahan ramai orang dari seluruh ini begitu tinggi sehingga mereka menjalankan gerakan terhadap kekejaman polis dan racism. 

Terkini, salah seorang daripada 3 anggota polis yang terlibat melihat kelakuan kejam rakan sekerjanya itu telah dibebaskan dari penjara.

 

Berhadapan hukuman penjara 40 tahun

Thomas Lane, 37, yang bekerja sebagai polis rookie dalam kejadian itu, dikatakan telah memberikan jaminan bersyarat $ 750,000 (RM 3,186,750). Dia dibebaskan dari penjara Hennepin County pada jam 5:08 Rabu, lapor ABC News

Namun, ini tidak bermaksud bahawa Lane tak bersalah, kerana dia masih lagi berhadapan dengan tuduhan telah membantu dan bersubahat atas kematian Floyd.

Ketika kejadian Lane hanya menyaksikannya bersama dua pegawai polis lain, ketika rakannya, Derek Chauvin, dilihat berlutut di leher Floyd sehingga dia berhenti bernafas.

Tmz

Sekiranya disabitkan kesalahan, Mr Lane kemungkinan akan menjalani hukuman penjara hingga 40 tahun. Ketika ini, dia dipantau secara ketat oleh pihak berwajib, dan tidak akan dibenarkan membawa senjata api atau menyertai sebagarang aktiviti penguatkuasaan undang-undang.

Freedft

Peguamnya ketika ini sedang berusaha mengendalikan kes ini agar semua tuduhan terhadapnya digugurkan

Sumber: TMZ
Sumber: Reddit