Sudah terang lagi bersuluh, sepasang suami isteri dengan biadapnya memaki hamun anggota polis walaupun sedar tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk merentas negeri.
Kejadian itu terjadi ketika mereka ingin melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Junjong Kulim, Kedah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kejadian yang berlaku jam 10.45 pagi itu melihatkan anggotanya menahan kereta Honda Jazz dinaiki pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki dipetik dari Harian Metro.
Menurut beliau, pasangan itu yang dikatakan datang dari arah Pulau Pinang bagi alasan yang mereka ada urusan pertukaran sekolah anak ke Kedah. Tapi gagal tunjukkan surat kebenaran rentas negeri atau sebarang dokumen berkaitan pertukaran persekolahan.
“Anggota polis bertugas cuba menjelaskan secara berhemah kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan keluar negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.
“Ketika anggota polis meminta kad pengenalan lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin, pasangan suami isteri itu bertindak keluar kereta dan memaki hamun anggota terbabit,” – katanya
Beliau berkata, pasangan terbabit telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.
Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
“Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021,”– katanya
Baca : Sekatan Rentas Negeri Perlu Dikekalkan Hingga Mei- Pakar Kesihatan