in

Penerbit Drama ‘Jujurlah Nikahi Aku’ Mohon Maaf Kepada Penyokong Liverpool Selepas Adegan Lap Air Kencing

Sfsfsf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul kata orang, sukan adalah medium penyatuan, sukan juga adalah punca kepada perpecahan. Baru-baru ini, sebuah kelab penyokong Liverpool di Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak produksi drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku kerana menyentuh sensitiviti mereka sebagai penyokong tegar kelab Liverpool.


Capture 6

Dalam adegan Jujurlah Nikahi Aku, ada sebuah babak yang melihatkan Uyaina Arshad perlu mengelap air kencing di lantai. Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila Uyaina menggunakan jersi Liverpool untuk mengelap air kencing tersebut, dianggap seolah-olah telah menghina kelab tersohor di Liga Perdana Inggeris itu.

https://twitter.com/UyainaArshad/status/1234722495975944193

Terkesan dengan apa yang terjadi, Niezam True Kopites mewakili kelab penyokong Liverpool melaporkan hal ini kepada laman web rasmi Liverpool. Sampai macam tu sekali ye!

https://www.facebook.com/pak.maun.545849/posts/219156229469862

Rentetan daripada isu ini, Arie Zahari mewakili pihak produksi dan pihak ASTRO memuat naik kenyataan maaf secara terbuka kepada penyokong Liverpool yang terguris dengan drama mereka.

“Saya dengan rasa terkilan atas kesilapan dalam babak tersebut, sesungguhnya saya TIADA NIAT untuk memburukkan nama baik Liverpool. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua peminat-peminat Liverpool di seluruh Malaysia dan berharap agar peminat-peminat Liverpool berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya”

Isu ini mendapat perhatian warganet yang beranggapan sesetengah daripada penyokong fanatik Liverpool berperangai terlalu kebudak-budakan dan hati tisu. Patut ambil contoh seperti penyokong Manchester United, tenang dan kacak!

Disclaimer: Admin bukan penyokong tegar Manchester United ye.

 

BACA: Prestasi Pemain Liverpool Muslim Dipuji, Solat Dahulu Sebelum Beraksi di Padang

111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.