in

“Melawan hukum ‘angkat-angkat’ ni!” – [VIDEO] Gadis Kongsi Cerita, Abang Angkat Kini Jadi Bapa Tiri

Untitled Design 2022 04 12T112441.199

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekolah dulu, mesti ada di antara kita yang berpengalaman mempunyai adik atau kakak angkat kan? Bila ingat balik rasa kelakar pulak!

Perkara tersebut merupakan sesuatu yang normal pada ketika itu, malah banyak juga cerita ‘angkat-angkat’ ini berakhir ke jinjang pelamin.


Pun begitu, sebuah video baru-baru ini tular apabila bekas abang angkat seorang gadis ini tidak mengahwininya sebaliknya jejaka tersebut berkahwin dengan ibu gadis tersebut!

@ceq_jihaaa

Nak join trend #masukberanda

♬ DJ Cantelo – Angi Lay

“Akak pun tak sangka dik oiii!”

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ceq_jihaaa itu, difahamkan perkara yang pelik tapi benar itu merupakan pengalamannya sendiri.

Gadis tersebut juga memuat naik sebuah video lain yang memberitahu ibunya berusia 50 tahun manakala bapa tirinya pula berusia 30 tahun, dia juga menyatakan dia tidak bersedia untuk menerima bapa tiri baru tetapi dia tidak menolak jodoh ibunya yang tersayang itu.

“Plot twist kalah drama Melayu”

Video yang setakat ini menerima lebih sejuta tontonan itu menarik perhatian netizen kerana ‘plot twist’ nya yang sangat memeranjatkan.

Aa

Siapalah kita nak melawan takdir Tuhan, kan? Terhibur pulak!

Baca: “Beza dua tahun je!”- Jodoh Tak Kenal Usia, Mak Mertua Umur Hampir Sebaya Dengan Menantu!

Untitled Design 2022 04 12T112247.319

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.