in

Google Rai Biduanita Saloma Melalui Paparan ‘Doodle Khas’ Di Enjin Carian

Ft Saloma Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je orang Malaysia yang tak kenal dengan Saloma? Bila sebut je nama Saloma, sudah pasti ramai yang membayangkan kecantikan yang dimiliki oleh seniwati tanah air yang terkenal semasa zaman 60-an ini bukan?


Saloma atau nama sebenarnya Salmah Binti Ismail merupakan isteri kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang popular bukan sahaja dalam bidang nyanyian, malahan dalam bidang lakonan juga.

Saloma Muda

 

Ikon fesyen

Bukan itu sahaja, Saloma juga diangkat sebagai ikon fesyen semasa zaman kegemilangannya dimana fesyen-fesyen yang digayakan olehnya sering menjadi ‘trend’ dan ikutan ramai sehinggalah ke hari ini.

Selain berbakat dalam bidang lakonan, Allahyarham Puan Sri Saloma juga banyak mendendangkan lagu latar untuk filem-filem arahan P Ramlee. Antaranya, Malam Bulan Dipagar Bintang, Malam Ku Bermimpi dan Bila Larut Malam.

Sekiranya korang menghadiri majlis perkahwinan pula, sudah pasti akan kedengaran lagu kahwin yang popular yang dinyanyikan oleh beliau iaitu Selamat Pengantin Baru hasil ciptaan suaminya sendiri.

Saloma 1

Biduanita Negara pertama 

Disebabkan bakatnya yang pelbagai dalam bidang kesenian yang banyak mengharumkan nama negara, Allahyarham Puan Sri Saloma ini telah diangkat sebagai Biduanita Negara yang pertama pada tahun 1978.

Biduanita Negara adalah suatu gelaran seni di Malaysia yang hanya diberikan kepada artis wanita yang banyak menyumbangkan jasa kepada negara dalam bidang kesenian. Anugerah ini telah diberikan oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA).

 

Paparkan ‘doodle khas’ di enjin carian Google

Saloma Google

Oleh itu, pada tanggal 26 November 2020, Google Doodle telah memaparkan ‘doodle khas’ Saloma di enjin carian Google iaitu jatuh pada hari ini.

Menurut Berita Harian, pemilihan tarikh itu adalah bersempena memperingati tarikh penganugerahan Biduanita Negara pertama kepada Allahyarham oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu.

Menerusi laman sosial, Twitter @Google Malaysia berkongsi serba sedikit mengenai Biduanita Negara itu.

Hari ini, kami meraikan pelakon, penyanyi, ikon fesyen, Saloma dengan doodle istimewa sempena ulang tahun ke-42 penganugerahan sebagai Biduanita Negara pertama Malaysia.

Terima kasih, Saloma kerana menggunakan bakat seni anda untuk memberi ilham kepada peminat yang mengenali dan mencintai karya anda.

Wah, bangga Google pun raikan sumbangan Biduanita Negara pertama kita ni. 

Baca: “Pergimu tiada ganti” – Google Doodle Raikan Ulangtahun Kelahiran Ke-65 Penghibur Nombor Satu Asia Baca Saloma

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.