“Pergimu tiada ganti” – Google Doodle Raikan Ulangtahun Kelahiran Ke-65 Penghibur Nombor Satu Asia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah 27 tahun Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshah tinggalkan kita semua, tapi semua karya-karyanya masih dikagumi sehingga ke hari ini.

Semakin dekat nak raya ni, semakin keraplah kita akan dengar suara Sudir bergema di corong-corong radio dan iklan televisyen.

Kalau tak Balik Kampung, mesti Dari Jauh Ku Pohon Maaf kan?

Apapun, sebenarnya hari ini merupakan hari kelahiran penyanyi yang pernah mendapat jolokan Penghibur Nombor Satu Asia itu — yang ke-65!

Dan sebagai menghargai sumbangan besar ikon muzik popular era 80-an itu kepada industri hiburan negara, doodle atau lakaran Allahyarham melatari laman carian Google hari ini.

Google berkata, Allahyarham Datuk Sudirman diingati kerana suara tenornya dan beliau juga pernah mengadakan konsert percuma terbesar dalam sejarah Malaysia — sewaktu era kegemilangan beliau.

Doodle itu menampilkan imej penyanyi itu sedang membuat persembahan, sambil dilatari tulisan Google — selain turut diselitkan tanda tangan autograph yang menjadi trademark Allahyarham semasa hayatnya.

Anak jati Temerloh itu meninggal dunia pada Februari 1992, akibat penyakit radang paru-paru.

Allahyarham Datuk Sudirman menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 37 tahun.

Sesungguhnya, pemergian beliau tiada galang gantinya.

Dan sehingga kini, beliau masih merupakan satu-satunya penghibur yang lain daripada yang lain kan?

 

Baca: Sudirman 27 Tahun Dalam Kenangan, Ini 14 Gambar Menarik Penghibur Legend Negara Pada Zaman Kegemilangannya

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.