in

GF Nas Daily Komplen Kena Kuarantin 14 Hari di Hotel, Tuduh Kerajaan Singapura Sengaja Nak Duit Dari Caj Penginapan Hotel

Ns Ly

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua jelas dengan SOP COVID 19 iaitu sesiapa yang baru pulang dari luar negara haruslah menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari di hotel yang ditetapkan demi mengelakkan diri daripada menyebarkan wabak tersebut kepada orang lain.

Begitulah juga SOP yang dijalankan negara jiran kita, Singapura yang juga meminta mereka yang baru pulang dari luar negara untuk menjalani tempoh kuarantin wajib di hotel.

Walau bagaimanapun, menurut Mothership, tindakan tersebut mendapat kritikan daripada kekasih Youtuber terkenal, Nas Daily yang menganggap tindakan kerajaan Singapura tersebut sebagai ‘merapu’ dan mengutip keuntungan semata-mata. 

Na Da
Nas daily dan kekasih

 

“Sungguhpun test covid saya negatif… saya tetap kena tinggal di hotel selama 14 hari”

Alyne Tamir, girlfriend kepada Nuseir Yassin atau lebih dikenali sebagai Nas Daily ni memuat naik posting di instastory menyatakan rasa tidak puas hati akan Stay-Home Notice (SHN) yang ditetapkan kerajaan negara tersebut.

“2 minggu tempoh kuarantin tak perlu berhadapan rumah saya hampir selesai. Terima kasih beritahu saya perkara yang saya sudah tahu” 

Nas 1

Alyne bersama Nas yang kini menetap di Singapura sejak Mac lepas memuat naik beberapa video yang menunjukkan dia travel ke Abu Dhabi dan Maldives saat dunia sedang berdepan dengan COVID 19.

Menurut Alyne, tempoh kuarantin 2 minggu itu sangat tidak perlu kerana dia sudah disahkan negatif COVID 19 menerusi ujian swab.

“Sungguh pun test covid saya negative dan rumah kosong saya hanya di hujung sana… saya tetap kena duduk di hotel selama 14 hari.” 

Nas 2

 

“Sebab mereka nak duit dari hotel” 

Tak cukup dengan tu, Alyne juga memuat naik satu lagi instastory yang menuduh kerajaan Singapura membuat keuntungan hasil daripada caj hotel yang mereka tinggal dalam tempoh kuarantin.

“Sebab mereka nak duit dari hotel” 

Nas 3

Tindakan Alyne tersebut mendapat kecaman hebat daripada rakyat Singapura. Admin yakin kalau dia buat perangai yang sama kat Malaysia pun, memang kena hentam teruk jugak ni.

F Ko Sana

 

Baca: Degil tak bertempat” – 28 Individu Ditahan & Dikompaun Sebab Langgar PKPP, Pergi ‘Panja’ Bukit Broga

Langgar 2

Sumber: Instagram
Sumber: Mothership
Sumber: Mothership
Sumber: Mothership
Sumber: Twitter