in

“Garang & boleh pengaruh PM” – Bekas Pegawai Khas Rosmah Mansor Dedah Isteri Bekas PM Ditakuti Penjawat Awam, Siapa Ingkar Akan Dipindahkan

Ambitious Woman Rosmah Mansor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Prosiding perbicaraan membabitkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak hari ini mendedahkan sesuatu yang mendebarkan.


Menurut Berita Harian, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pegawai kerajaan sentiasa cuba memenangi hati Rosmah dengan segala permintaan serta kehendaknya yang mana ia akan diusahakan sedaya upaya sehingga berjaya. 

546272

Bekas Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor berkata dalam keterangannya, dia juga mendapati Rosmah mempunyai pengaruh yang besar dalam jentera pentadbiran kerajaan dan pegawai kerajaan sentiasa keberatan nak menolak segala permintaan Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM).

Sepanjang kerjanya di FLOM, Rizal juga mendakwa yang bahagian berkenaan amat digeruni oleh agensi kerajaan kerana gandingan kedudukan dan reputasi Rosmah serta Ketua Khas Bahagian, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.

20200108Fl22
Rizal mansor

Datin Seri Rosmah dilihat oleh agensi kerajaan sebagai isteri Perdana Menteri yang berpengaruh manakala Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod terkenal dengan ketegasan di kalangan pegawai kerajaan.

“Daripada pengalaman saya bekerja bersama warga perkhidmatan awam, saya dapati Datin Seri Rosmah mempunyai pengaruh besar ke atas mereka kerana beberapa faktor.

“Faktor utama adalah ketakutan warga perkhidmatan awam terhadapnya (Rosmah) yang dilihat sebagai isteri Perdana Menteri yang garang dan boleh mempengaruhi keputusan serta tindakan Perdana Menteri,” katanya.

Tambah Rizal lagi, Rosmah juga berkebolehan dalam mempengaruhi PM untuk pindahkan pegawai kerajaan yang menentang atau ingkari permintaannya ke jawatan tak penting atau dalam istilah penjawat awam iaitu ‘peti sejuk’ atau dipindahkan jauh dari tempat mereka bermastautin.

Ea 700X498 1

Pun begitu, menurut Rizal fakta tersebut yang dia peroleh ketika bercampur dengan warga perkhidmatan awam ketika itu adalah tidak benar dan khabar angin untuk burukkkan reputasi Rosmah di kalangan penjawat awam. 

Beliau juga sentiasa akan mempertahan imej ketuanya, kata Rizal.

Min tengok Datin Seri Rosmah macam friendly je orangnya… Hiks!

Baca: “You PM you patutnya take charge!” – SPRM Dedah Perbualan Rosmah Bagi ‘Nasihat’ Pada Najib

Advise Me Something

Sumber: The Star
Sumber: Malay Mail
Sumber: Media Adil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.