in

Gara-gara Protokol Perintah Kawalan Pergerakan, Jenazah Terpaksa Diusung Lalu Atas Pagar Batu

Jenxah Angkat Batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua sedia maklum penduduk tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri.


Walau bagaimanapun, protokol perlaksanaan PKP ini telah menimbulkan masalah untuk menguruskan pengebumian jenazah di Sungai Choh, semalam.

150449129 4005293209490873 4256041020340351226 O

Menurut Malaysia Gazette, perkara ini berlaku apabila Jalan Persekutuan sempadan bagi Gombak dan Hulu Selangor dekat pekan Serendah telah ditutup hingga menyebabkan jenazah yang melalui jalan tersebut terpaksa diusung melalui pagar batu dan kawat duri yang menghadangi sempadan tersebut. 

Penduduk dilihat terpaksa mengeluarkan jenazah dari van dan mengangkatnya beramai-ramai sebelum menaiki van jenazah lain untuk urusan pengembumian. Allah… 

149445102 4005292852824242 5338132555644789330 O

149353948 4005293009490893 6291706535983943142 N

Perkara ini telah mendapat respon daripada bekas Ahli Parlimen Undangan Batang Kali, Datuk Nadzari Ahmad Dahlan yang kesal atas kejadian tersebut.

Masalah orang meninggal di Sungai Choh – baru kebumi. Apalah payah nak selesaikan masalah fardu kifayah ini.

“Protokol dgn kerja hari kiamat kena sejajar. Yang berwajib tolong guna kebijaksanaan bukan totok dgn undang-undang manusia sahaja. Buatlah reserve lane ke sebagai contoh,” katanya di laman Facebook.

Gambar yang tular itu juga telah mendapat kritikan netizen yang berpendapat pihak berkuasa haruslah memudahkan urusan berkaitan pengebumian meskipun Selangor dan Lembah Klang kini dalam tempoh PKP.

Sempadan

Harap pihak berwajib take note lah masalah yang dihadapi rakyat ini. 

Baca: [TERKINI] PKP Dilanjutkan Hingga 4 Mac Untuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor & Pulau Pinang

Semail Sabri

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.